13 Faedah dan Kelebihan Kerjaya Sebagai Seorang Jururawat

Adakah anda seorang pelajar lepasan SPM dan STPM yang masih lagi tidak tahu bidang  apakah yang patut diceburi? Adakah anda tahu bahawa kerjaya sebagai seorang jururawat antara kerjaya di Malaysia yang boleh memberikan gaji yang lumayan? Selain gaji lumayan, berikut merupakan 13 faedah dan kelebihan yang ada dalam kerjaya seorang jururawat kerajaan.

 

#Mendapat Wad Kelas Pertama
Banyak faedah dan kelebihan yang diperolehi jururawat antaranya mendapat wad kelas pertama di semua hospital kerajaan termasuk anak, suami, ibu serta ayah kandung. Demikian juga, rawatan percuma yang akan diberikan di semua hospital kerajaan. Di samping itu, anda akan mendapat keutamaan apabila membuat temu janji dengan doktor di hospital.

 

#Mengetahui Cara Rawat Penyakit
Selain itu, jururawat juga akan mengetahui cara merawat penyakit seperti demam, sakit kepala, sakit perut, sawan dan sebagainya dengan kaedah yang betul. Menurut Norashikin (2006), jururawat akan mengetahui simptom-simptom penyakit lebih awal seperti tibi yang mana simptomnya adalah batuk berkahak yang berwarna kuning.

 

#Mampu Berikan Pertolongan Cemas
Sehubungan dengan itu, seorang jururawat juga mampu memberikan pertolongan cemas sebelum mangsa dihantar ke klinik ataupun hospital bagi rawatan yang lebih lanjut. Semestinya seorang jururawat perlu mahir untuk memberikan rawatan kecemasan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebelum mendapat rawatan susulan daripada doktor.

 

#Tahu Menu Yang Sesuai Dengan Penyakit
Sebagai seorang jururawat, anda juga berkelebihan mengetahui jenis-jenis makanan dan juga menu yang sesuai dengan sesuatu penyakit. Perkara ini akan memudahkan jururawat untuk memilih makanan yang lebih berkhasiat bagi menjaga kesihatan diri berbanding orang luar

 

#Kenaikan Gaji Setiap Tahun
Sudah pasti ada kenaikan gaji tahunan sekiranya anda berkhidmat untuk kerajaan,. Semakin lama anda berkhidmat, semakin tinggi kenaikan gaji yang anda perolehi. Sudah pasti sukar untuk anda nikmati kenaikan ini di mana - mana selain di sektor awam.

 

#Imbuhan Tetap Khidmat Awam
Selain itu juga, terdapat satu imbuhan khas disediakan khas buat anda sebagai kakitangan awam. Ini merupakan satu penghargaan buat mereka yang berkhidmat untuk negara.

 

#Elaun Sara Hidup (COLA)
Adakah anda bekerja di bandaraya yang taraf hidupnya adalah tinggi? Memang semuanya mahal, dari tambang bas, makan, tol dan lain - lain. Untuk pengetahuan anda, elaun sara hidup (COLA) ini dibayar berdasarkan di bandar mana anda bekerja. Ini dapat meringankan beban anda yang bekerja di kawasan yang taraf hidupnya tinggi.

 

#Imbuhan Tetap Perumahan
Antara kelebihan dan faedah lain yang akan diterima ialah anda akan diberikan sewa rumah bagi yang berkhidmat di Semenanjung Malaysia. Manakala anda akan diberikan elaun perumahan wilayah yang lebih tinggi daripada elaun sewa rumah sekiranya anda yang berkhidmat di Sabah & Sarawak.

 

#Elaun Kerja Lebih Masa
Semestinya ini adalah peluang anda untuk berkhidmat lebih masa. Anda akan dibayar mengikut lebihan masa anda bekerja. Ini kerana terdapat banyak hospital utama kerajaan yang menawarkan perkhidmatan 24 jam 7 hari seminggu.



#Kelayakan Cuti Tahunan
Tahukah anda bahawa cuti diberikan paling minima adalah 14 hari untuk pekerja am. Jika anda berjawatan professional, cuti anda adalah 25 hari. Itu belum termasuk dengan kenaikan cuti tahunan dan juga kenaikan pangkat.



#Tuntutan Perjalanan
Tambahan lagi, anda boleh membuat tuntutan perjalanan pergi dan balik serta alaun makan, penginapan untuk tujuan kerja sekiranya anda diarahkan menghadiri program atau kursus yang dianjurkan semasa bekerja. Semuanya akan dibayar balik kepada anda.



#Kemudahan Pinjaman Komputer dan Kenderaan
Selain daripada itu, anda juga akan diberikan kemudahan pinjaman komputer dan kenderaan. Sekiranya anda mahu buat pinjaman komputer ataupun pinjaman kenderaan, dengan sepantas kilat anda boleh mendapatkannya. Mudah kan?



#Pinjaman Perumahan
Istimewanya adalah anda boleh mula memiliki aset terbesar dalam kehidupan anda, iaitu rumah. Dalam masa yang singkat sahaja anda sudah boleh mula membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman anda.



Baca Juga : 5 Sebab Anda Perlu Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Diploma Kejururawatan


Akhir kata
Di Malaysia, kerjaya sebagai jururawat semakin hari semakin mendapat permintaan yang tinggi di Malaysia juga luar negara. Ramai yang mahu bekerja sebagai jururawat kerana beberapa kelebihan kerjaya yang boleh diperoleh. Apatah lagi ia merupakan kerjaya yang boleh pergi lebih jauh dan boleh membawa seseorang hingga ke luar negara!

Jadi bagaimana? Menarik bukan kerjaya sebagai seorang jururawat kerajaan? Pelbagai insentif yang anda boleh dapat. Ini antara sebab jururawat merupakan satu kerjaya yang semakin diminati baik lepasan SPM, Diploma, mahupun Ijazah.

Ramai graduan yang memohon kerjaya sebagai jururawat ini memandangkan ia adalah antara pekerjaan mulia antaranya membantu orang yang sakit.

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Kejururawatan Disini