3 Cara Capai Keputusan Cemerlang Dalam Diploma Farmasi

Untuk lulus cemerlang dalam Diploma Farmasi sebenarnya agak mudah secara teori tetapi sememangnya berat untuk diaplikasi. Tetapi dengan mengamalkan tips di bawah secara konsisten, anda sebenarnya selangkah ke arah mendapatkan keputusan cemerlang walaupun tanpa mengamalkan tatacara yang lain.



1# Setkan Target Anda

Secara relatif, menurut Brandon Hakim, 20% masa yang anda peruntukkan untuk merancang dapat menjimatkan 80% masa anda untuk kerja yang anda lakukan. Dalam konteks pembelajaran, ianya sangat terpakai dan terbukti.


Caranya adalah subjektif, tetapi semestinya objektif yang ingin dicapai adalah pointer 3.50 atau lebih kerana anda sendiri tahu betapa kompetitifnya kerjaya dalam dunia farmasi ini. Jangan tertipu dengan syarat minimum yang diletakkan, ia hanyalah kadar yang mustahil untuk dicapai berdasarkan kadar kelahiran graduan ramai.


Anda boleh atau lebih tepat, perlu rujuk pensyarah anda untuk minta nasihatnya berkenaan target yang anda perlu letakkan dalam Diploma Farmasi yang anda sedang atau bakal tempuhi .

 

2# Dapatkan Silibus Semua Subjek

Umumnya, farmasi merupakan course kedua yang paling susah nak dapat selepas medik. Dan ketiga ialah dentistry. Langkah ini sememangnya membantu.


Baik,ini apa yang perlu anda buat. Sewaktu mula belajar dalam Diploma Farmasi, anda perlu go thru dulu senarai subjek untuk semester tersebut. Jadi anda dah tahu awal-awal subjek apa yang anda akan belajar pada masa depan.


Sebelum mula semester pula, dapatkan silibus pelajaran yang anda akan belajar. Setiap subjek akan ada silibus,senang kata anda boleh rujuk di  “Senarai Kandungan”. Jadi silibus tu dah siap-siap masuk dalam kotak fikiran anda.


Bila mula sesi pengajian, barulah masukkan ilmu dalam setiap kotak-kotak yang ada dalam fikiran kita tu. Dengan itu, Ilmu itu akan lebih tersusun dalam fikiran anda nanti.

 

3# Tentukan Keutamaan

Sewaktu langkah pertama anda mendaftar di Diploma Farmasi, sepatutnya anda sudah tahu kelemahan anda di subjek yang mana. Hal ini kerana anda dapat mengesan kelemahan tersebut pada keputusan SPM anda atau pada STPM. Sebagai contoh, anda agak kurang faham dalam subjek kimia, jadi apa yang anda perlu lakukan adalah lebihkan fokus dan ulangkaji dalam subjek kimia.


Mungkin anda boleh nisbahkan masa yang diperuntukkan kepada 2:1 berbanding subjek sains lain yang anda sudah mahir. Dalam subjek yang ringan atau topik yang ringan, anda sepatutnya dapat menjimatkan masa dengan kurangkan penekanan pada subjek atau topik berkenaan. Dengan itu, lebihan masa anda dapat diperuntukkan untuk subjek yang anda lemah tersebut. Catatkan atau buat jadual dan analisis kelemahan serta kelebihan anda, ia amat membantu.

 

Baca Juga : Apa Yang Bakal Dipelajari Dalam Diploma Farmasi? | Part 1


Penutup

Sebagai kesimpulan, jika anda hanya mengamalkan cara-cara diatas, anda sebenarnya tidaklah jauh untuk mencapai target tertinggi iaitu pointer 4.00 yang bermaksud semua subjek skor A atau A+ untuk semester pengajian anda.

Jika anda benar-benar berminat untuk menggenggam kelulusan diploma dalam bidang ini, anda sememangnya memerlukan hati yang cekal serta bersemangat. Oleh itu, teruskan langkah anda dan jangan sekali-kali berhenti kerana langkah yang menghasilkan permata itu bermula dari langkah yang berpeluh.


Dapatkan info lanjut mengenai Diploma Farmasi di INTEK

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Diploma Farmasi Disini