3 Sektor Pekerjaan Lepasan Diploma Farmasi

Biasanya, peranan seorang ahli farmasi bukan hanya memberi preskripsi dan ubat-ubat kepada pesakit malah sebenarnya lebih daripada itu. Sebaliknya, seorang ahli farmasi sebenarnya perlu mengetahui hampir segala hal seperti seorang doktor.


Sebagai contoh, bagaimana untuk memberikan nasihat kepada pesakit tentang cara menggunakan ubat, kesan-kesan sampingan dan harus tahu tentang penyakit dan lain-lain. Ini bermaksud, ruang lingkup pekerjaan ditawarkan kepada ahli farmasi seperti lepasan Diploma Farmasi menjadi luas kerana ilmu yang dimiliki mereka. Teruskan membaca kerana mungkin anda dapat menjadi salah satu daripada mereka.


Berikut ialah 3 kerjaya untuk lepasan Diploma Farmasi

 

#1 Kerjaya Umum

Bidang farmasi telah dikenalpasti sebagai bidang yang kritikal pada masa kini kerana masyarakat kini sangat prihatin terhadap tahap kesihatan dan pengambilan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Seorang pembantu farmasi boleh bekerja sama ada di hospital, kedai farmasi komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Universiti atau Bahagian Farmasi di Pusat-pusat Kesihatan.


Matlamat utama pembantu farmasi di dalam semua organisasi ini adalah untuk memastikan terapi drug yang optimum dan rasional melalui penglibatan mereka dalam proses penyediaan, pengedaran dan pengawalan ubat-ubatan dan produk farmaseutikal.


Di samping itu pembantu farmasi berkelulusan Diploma Farmasi dapat membekalkan maklumat kepada masyarakat untuk mempreskripsi dan menggunakan produk farmaseutikal. Ilmu ini juga dapat digunakan untuk melahirkan profesional beretika yang dapat mewujudkan keseimbangan di antara tanggungjawab kemasyarakatan demi  memenuhi tuntutan agama serta aspirasi negara.

 

#2 Penolong Pegawai Farmasi

Kelulusan yang anda dapat melalui Diploma Farmasi membolehkan anda untuk bekerja di sektor awam sebagai Penolong Pegawai Farmasi (PPF) bermula dengan gred U29.


Di hospital, secara asasnya PPF bertugas sebagai pembantu kepada Pegawai Farmasi untuk tugas pre-packing, stock recording, cytotoxic drugs reconstitution, total parenteral nutrition dan bermacam-macam lagi yang membolehkan proses kerja di Jabatan Farmasi menjadi lebih teratur dan efisyen.


Walaubagaimanapun, tugas PPF terhad berbanding Pegawai Farmasi untuk sesuatu tugas. Contohnya, PPF tidak terlibat dengan proses mengeluarkan ubat-ubat psikotropik (Dangerous Drugs), pembelian ubat bagi kegunaan hospital, patient counselling dan kebanyakan masanya, tugas untuk mendispens ubat kini lebih banyak diserahkan kepada Pegawai Farmasi Provisional U41.


Selain bekerja di hospital, terdapat juga PPF yang bekerja di Bahagian Penguatkuasa Farmasi dan tugasnya juga adalah untuk membantu Pegawai Penguatkuasa Farmasi mengikut unit-unit tertentu.


Berkenaan dengan gred pula, kenaikan jawatan adalah berdasarkan senioriti dan bukanlah mengikut masa (time-based) seperti yang berlaku dalam jawatan Pegawai Farmasi.

 

#3 Selain Ahli Farmasi

Para graduan tidaklah perlu khuatir akan peluang pekerjaan dalam bidang ini. Hal ini kerana selain daripada menjadi seorang ahli farmasi, terdapat banyak lagi pekerjaan yang memerlukan khidmat anda sebagai seorang pemegang kelulusan Diploma Farmasi. Antara pekerjaan tersebut ialah:


- Penolong pegawai Farmasi di hospital awam mahupun badan berkanun

- Pembantu farmasi di hospital swasta dan komuniti

- Eksekutif produk atau jurucakap produk di industri farmaseutikal

- Pembantu teknikal di institusi yang mengawal selia ubat dan produk kesihatan

- Selain daripada itu, para pelajar juga boleh memohon pekerjaan dalam sektor awam melalui rangkaian Sistem Perkhidmatan Awam (SPA) dalam bidang berkaitan. Malahan, anda juga boleh melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di mana-mana institut di dalam mahupun luar negara.

 

Baca Juga : 3 Tips Untuk Pelajar Diploma Farmasi


Kesimpulan

Peluang pekerjaan sebagai ahli farmasi juga tidak hanya terhad di hospital, malah boleh juga berkhid­mat di farmasi komuniti pusat beli-belah, menjadi pensyarah, bekerja di syarikat farmaseutikal, pegawai penguat kuasa Kementerian Kesihatan dan sebagai pegawai penyelidik.


Anda cuma perlu menggempakkan keputusan ujian anda dengan ulang kaji yang berterusan serta minat yang mendalam. Dengan itu, tidak mustahil anda dapat bekerja di mana-mana sahaja tempat yang anda suka berdasarkan skop kerja sebagai seorang pemegang Diploma Farmasi.

Jika berminat untuk dapatkan info mengenai Diploma Farmasi, anda boleh dapatkan di INTEK

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Diploma Farmasi Disini

Whatsapp
Call