3 Tips Untuk Pelajar Diploma Farmasi

Bila mana anda belajar atau terjun dalam bidang tertentu, sudah tentu anda perlukan maklumat tambahan yang tiada pada ‘newbie’ tetapi ada pada ‘pro’. Anda dapat menjimatkan masa anda mengkaji cara untuk berjaya sebelum anda berjaya dan ia amat menguntungkan. Seperti bidang-bidang lain, Diploma Farmasi memerlukan pengorbanan yang utuh dan kuat. Semoga tips di bawah membantu anda ya!


Berikut ialah 3 Tips Untuk Pelajar Diploma Farmasi


#1 Baca Dan Baca

Tips ini sudah tentu agak cliche tetapi sememangnya ini adalah petua yang sangat mujarab. Dalam mana-mana lapangan pun, sudah tentu pembacaan itu diperlukan untuk menambah kualiti pembelajaran.


Jika anda sedang berada di Semester 1 hingga Semester 4, anda boleh amalkan ‘Baca dan Baca’ sebelum kelas dimulakan sebagai persediaan awal. Dengan amalan ini, anda seperti sudah kenal ‘bau-bau bacang’ dengan topik yang akan dibincangkan. Anda juga boleh bertanya terus tentang perkara yang anda tidak faham


Sewaktu Semester 5 dan Semester 6 dalam Diploma Farmasi pula adalah waktu praktikal, cara amalkan tips ini sebagai contoh, setiap ubat yang anda hasilkan, anda boleh tulis dalam buku nota kecil yang senang dibawa. Kemudian bila habis kerja atau berada di rumah, anda boleh buka buku untuk kenalpasti fungsi ubat tersebut lebih teliti, seperti tergolong dalam kategori apa, jenis penyakit yang sesuai menggunakan ubat ini atau mungkin tahu jika ubat ini juga mempunya ‘nickname’ yang lain.

 

#2 Belajar Dalam Kumpulan

Belajar dalam kumpulan kecil lebih berkesan berbanding dalam kumpulan besar. Hal ini kerana anda dapat mengurangkan kadar pembaziran masa atau kata nama lain perbincangan yang ‘kelaut’.

Pelbagai cara yang dapat dipraktikkan dengan kumpulan kecil ini untuk membantu anda dalam Diploma Farmasi yang sedang atau bakal anda tempuhi. Antaranya adalah bahagi 1 tajuk kepada 1 orang hingga dia yang paling faham tajuk tersebut akan membentangkan kepada ahli kumpulan yang lain dan menjawab segala persoalan yang timbul.

Cara lain dengan membincangkan atau menjawab himpunan soalan bersama-sama, berjumpa pensyarah bersama-sama atau pergi menonton wayang sama-sama, eh!

Anda dapat ‘explore’ lebih lanjut sendiri cara anda belajar dalam kumpulan kerana sudah tentu anda lebih kreatif lebih-lebih lagi pada saat-saat akhir semester. Secara tidak langsung, tahap komunikasi dan hubungan yang saling bantu membantu menyebabkan anda lebih erat.

 

#3 Tumpuan Yang 'Extraordinary'

Tumpu dan fokus. Ringkas dan padat. Pelbagai kajian dijalankan untuk menentukan tahap atau kadar fokus manusia. Ia berbeza dan anda perlu kenalpasti cara anda fokus, waktu anda fokus, berapa lama anda fokus, tahap fokus anda kerana ia agak kritikal untuk membantu anda dalam Diploma Farmasi ini. Selepas anda kenalpasti, anda perlu terus praktik cara terbaik yang berkesan untuk anda untuk anda fokus.


Apabila sudah habis kelas atau berada di rumah, anda perlu mengulangkaji terus topik yang sudah anda pelajari pada hari tersebut. Jangan tunda kerana kadar ingatan manusia agak lemah melainkan anda setaraf Imam Syafi’e maka dipersilakan untuk menangguhkan ulangkaji. Dengan mengamalkan tips ini, anda dapat memindahkan ilmu yang anda simpan dalam ingatan tempoh jangka masa pendek ke ingatan jangka masa panjang. Tips ini membantu anda menjimatkan masa ulangkaji sewaktu musim ujian anda.

 

Baca Juga : 3 Cara Capai Keputusan Cemerlang Dalam Diploma Farmasi


Kesimpulan

Perkara utama yang anda perlu sedar adalah 'Satu idea yang diaplikasikan secara konsisten akan merevolusikan hidup anda,tetapi seratus idea yang ingin diamalkan hanya akan menyusahkan anda'. Sedar ini dan minda anda akan lebih tersusun dan Diploma Farmasi yang sedang anda tempuhi akan menjadi lebih mudah.

Untuk makluat lanjut mengenai Diploma Farmasi, anda boleh lihat di INTEK

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Diploma Farmasi Disini