4 Kelebihan Sambung Belajar Diploma Penguatkuasa Undang-undang

Diploma penguatkuasa undang-undang ini ialah jurusan yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia dan kurang popular dalam kalangan lepasan SPM dan STPM. Program pengajian ini dirangka bagi memenuhi keperluan industri keselamatan yang sangat diperlukan pada masa kini samada di sektor kerajaan dan juga swasta.

Potensi bagi lepasan pengajian bidang ini mendapat kerja sangat tinggi kerana silibus pengajian yang disediakan mampu memantapkan pemahaman dan peranan graduan dalam pengetahuan dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Setiap jurusan yang diambil mempunyai kelebihan masing-masing. Kelebihan ini akan memberikan nilai tambah kepada diri anda selepas tamat pengajian. Begitu juga dengan diploma penguatkuasa undang-undang.  Berikut ialah 4 Kelebihan belajar diploma penguatkuasa undang-undang.

 

#1  Mendalami undang-undang

Kehidupan sebagai seorang rakyat perlu mengikut undang-undang yang disediakan oleh kerajaan. Tidak kira negara apa sekalipun, semuanya ada undang-undang tersendiri. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu menghormati perlembagaan undang-undang yang telah dirangka.

Namun undang-undang yang ada sekarang hanyalah lapisan dasar, cukup untuk membuatkan rakyat memahami intipati dan bertindak mengikut peraturan. Bagi pelajar jurusan penguatkuasa undang-undang, mereka merupakan individu yang bertuah kerana dapat mendalami setiap perundangan dengan lebih mendalam.

Jurusan ini akan memberi pendidikan mengenai salah laku jenayah, hukuman yang dikenakan kepada pesalah laku dan sebagainya. Ilmu sebegini sangat penting untuk seorang rakyat memahami kenapa suatu peraturan digubal sebegitu rupa.

Setiap undang-undang yang digubal akan melalui proses perdebatan dan perbincangan yang berlanjutan beberapa tahun, dibincangkan dalam parlimen dan diluluskan oleh Yang Dipertuan Agung. Jadi, setiap undang-undang yang wujud di Malaysia bukanlah suatu yang dibuat sesuka hati, ianya dibincangkan secara teliti untuk disesuaikan dengan masyarakat Malaysia.

Pelajar jurusan Diploma Penguatkuasa Undang-undang mempunyai kelebihan besar apabila dapat mengetahui segala proses dan maksud di setiap undang-undang yang dipersetujui.

 

#2 Bertindak mengikut undang-undang

Apabila menerima pelbagai ilmu mengenai undang-undang, sudah pasti anda akan bertindak mengikut undnag-undang. Kebanyakan orang yang tidak bertindak berlandaskan undang-undang berpunca daripada tiada ilmu dalam bidang berkenaan. Jadi mereka bertindak mengikut logik akal sahaja.

Jika tindakan mereka tidak menyebabkan kemudaratan kepada orang, maka tidnakan tersebut akan dianggap tidak melanggar undang-undang. Sedangkan jika dipelajari, tindakan yang dibuat itu telah melanggar undang-undang dan perlu 

Anda sebagai pelajar atau lepasan jurusan diploma penguatkuasa undnag-undang sudah pasti mengetahui segalanya berkaitan undang-undang. Hal ini akan membuatkan segala tindakan anda dipengaruhi oleh ilmu tersebut. Jadi anda tidak akan bertindak di luar batasan dan sentiasa berada dalam keadaan yang selamat daripada dikenakan tindakan tegas.

 

#3 Tidak mudah dipermainkan

Sejak sekian lama, terdapat ramai mangsa penipuan skim cepat kaya dan skim penipuan yang melibatkan kerugian sehingga jutaan ringgit. Mereka tertipu bukan disebabkan mudah percaya dengan kata-kata manis penghasut tetapi kurangnya ilmu pengetahuan mengenai undang-undang.

Jika golongan ini mengetahui selok belok jual beli atau undang-undang berkaitan penipuan, sudah pasti mereka tidak akan terlibat dalam penipuan tersebut.

Sebagai lepasan diploma penguatkuasa undang-undang, anda mempunyai kelebihan apabila berhadapan dengan perkara ‘too good to be true’ seperti ini. Anda pasti tahu segala selok belok modus operandi penipuan yang dijalankan selepas mempelajarinya dalam kelas.

Ilmu undang-undang akan membuatkan anda tidak mudah dipermainkan.

 

#4. Bantu saudara terdekat

Sebagai seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam perundangan dan penguatkuasaan, anda dengan mudah dapat membantu saudara terdekat termasuk rakan-rakan yang memerlukan bantuan.

Sebagai contoh, jika terdapat saudara mara berada dalam situasi yang memerlukan bantuan peundangan, anda boleh memberikan nasihat dan cadangan tindakan yang sesuai diambil olehnya untuk menyelesaikan masalah tersebut.

 

Baca Juga : Meminati Kerjaya Beruniform? Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Ini Untuk Anda

 

 

Akhir kata

Kehidupan manusia akan berubah apabila terdapat ilmu di dadanya. Cara berfikir dan tindakan berlandaskan ilmu adalah sangat berbeza berbanding tindakan tanpa ilmu. Oleh sebab itu, pelajar jurusan diploma Penguatkuasa undang-undang mempunyai kelebihan yang sangat besar berbanding rakyat Malaysia yang lain.

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Penguatkuasa Undang-Undang Disini

 

Diploma penguatkuasa undang-undang sudah mula dibuka untuk pelajar lepasan SPM dan STPM menyambung pelajaran mereka dalam bidang ini. Anda boleh dapatkan maklumat tambahan di INTEK

 INTEK - Program Penguatkuasa Undang-Undang

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.