Diploma Penguatkuasa

4 Sebab Anda Perlu Sambung Belajar Dalam Diploma Penguatkuasa Undang-undang

Kebanyakan pelajar lepasan SPM dan STPM teragak-agak untuk sambung pengajian kerana khuatir tidak sesuai dengan minat mereka. Bagi pelajar yang berminat untuk bekerja dalam bidang penguatkuasaan undang-undang seperti polis, tentera, pegawai penyiasat dan seangkatan dengannya, anda sekarang berpeluang untuk mengikuti kursus Diploma Penguatkuasa Undang-undang. Berikut ialah 4 sebab anda perlu sambung belajar dalam Diploma Penguatkuasa Undang-undang.

#1 Sistem Asas Komuniti

Seperti yang kita semua tahu, terdapat 5 sektor komuniti yang penting untuk menjaga keharmonian sejagat antaranya sektor Pengurusan, Keselamatan, Penguatkuasaan, Kepolisan dan Penyiasatan. Setiap sektor ini akan memainkan peranan penting dalam bidang masing-masing bagi menjadikan negara Malaysia sebuah negara yang aman sentosa.

Jika anda menjalani kursus Diploma Penguatkuasa Undang-undang, anda layak untuk menjadi sebahagian daripada sektor yang dinyatakan di atas. Anda berpeluang untuk menjadi orang penting dalam organisasi dan memberikan khidmat terbaik kepada komuniti.

 

#2 Peluang Pekerjaan Yang Banyak

Diploma Penguatkuasa Undang-undang akan melayakkan anda menjadi penolong pegawai dalam pelbagai bidang berpaksikan kepada 5 sektor utama iaitu Pengurusan, Keselamatan, Penguatkuasaan, Kepolisan dan Penyiasatan contohnya Penolong Pegawai Kastam, Penolong Pegawai Imigresen. Penolong Pegawai Bomba, Penolong Pegawai Penjara, Polis Di Raja Malaysia dan sebagainya.

Setiap daerah dalam negeri di Malaysia memerlukan pegawai berkelayakan untuk mengisi jawatan kosong, sijil Diploma anda akan membantu anda untuk mendapat tempat dalam organisasi. Malah, kursus yang ditawarkan ini mempunyai nilai tambah berbanding kursus biasa kepegawaian penguatkuasa.

 

#3 Pilihan Kerjaya Ikut Minat

Peluang pekerjaan dalam bidang penguatkuasa sangat luas, ianya memberi peluang kepada anda untuk memilih kerjaya pilihan sendiri berdasarkan kecenderungan diri. Jika anda berminat untuk berkhidat dalam Imigresen, anda boleh terus memohon untuk masuk imigresen. Kerjaya anda bukan lagi kerana tiada pilihan tetapi kerana terlalu banyak pilihan.

Kebanyakan lepasan universiti menganggur kerana terlalu memilih pekerjaan, namun ianya tidak akan berlaku kepada anda kerana peluang kerjaya dalam bidang penguatkuasa sangat luas dan anda boleh memilih kerjaya yang anda suka.

 

#4 Pegawai Berpangkat Tinggi

Selepas tamat pengajian Diploma Penguatkuasa undang-undang, anda akan ditabalkan menjadi pegawai yang mempunyai sijil. Dengan diploma tersebut, anda berhak menjawat jawatan dengan pendapatan yang tinggi.

Kursus ini akan memberi kelebihan kepada anda berbanding pegawai lain yang mengikuti kursus biasa kepegawaian kerana mempunyai modul yang merangkumi:

  • Penguatkuasaan Undang-undang
  • Keselamatan
  • Teknik Penyiasatan
  • Pengurusan
  • Kewangan
  • Kesalahan
  • Jenayah Dadah
  • Sistem Keadilan Jenayah
  • keadilan jenayah
  • Psikologi
  • Sosiologi
  • Kiminologi
  • Keadilan Belia
  • Kajian Tahanan

Anda akan belajar pelbagai perkara dalam Diploma Penguatkuasa Undang-undang yang akan menjadikan anda pegawai serba boleh. Lebih mudah untuk anda menjawat jawatan penting dan menerima gaji yang tinggi.

Akhir kata

Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang merupakan satu-satunya diploma seumpamanya yang ditawarkan di Malaysia.

Program pengajian ini dirangka bagi memenuhi keperluan industri keselamatan yang sangat diperlukan pada masa kini samada di sektor kerajaan dan juga swasta.

Potensi bagi lepasan pengajian bidang ini mendapat kerja sangat tinggi kerana silibus pengajian yang disediakan mampu memantapkan pemahaman dan peranan graduan dalam pengetahuan dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.

Sewajarnya bagi anda yang mempunyai cita-cita dalam kerjaya yang berasaskan bidang pengutkuasaan undang-undang dan keselamatan  seperti polis, kastam, jpj, imigresen, tentera, bomba dan lain-lain perlu mengambil peluang terbaik untuk mengikuti kursus ini

Anda akan mempelajari pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan untuk mengejar kerjaya dalam pelbagai bidang penguatkuasaan undang-undang di mana setiap hari menawarkan cabaran yang unik dan menarik.

Sedang berkhidmat dan pegawai polis baru-baru ini bersara membentuk pasukan tenaga pengajar teladan komited untuk membantu anda berjaya.

Jika anda berminat untuk menjalani kursus Diploma Penguatkuasa Undang-undang, anda boleh dapatkan maklumat penuh di INTEK

Tags: ,
Previous Post
Diploma Penguatkuasa
Pengambilan Penguatkuasa

5 Sektor Pekerjaan Untuk Lepasan Diploma Penguatkuasa Undang-undang

Next Post
Diploma Farmasi
Sains Kesihatan

Diploma Farmasi