5 Sebab Anda Perlu Melanjutkan Pelajaran Dalam Bidang Diploma Kejururawatan

Sebaik sahaja anda ke hospital atau klinik untuk mendapat rawatan atau melawat pesakit, pasti anda akan bertemu dengan petugas wanita yang berpakaian seragam serba putih lengkap.

 

Mereka inilah jururawat yang merawat dan banyak membantu pesakit di hospital selain daripada doktor. Pesakit berasa lebih selesa dan berkemungkinan untuk cepat sembuh apabila diberi rawatan dan layanan yang baik oleh jururawat. Mereka amat memahami kerenah setiap pesakit di bawah jagaan mereka.

 

Namun begitu, keperluan jururawat tidak dapat dipenuhi di Malaysia pada ketika ini. Ini disebabkan oleh keadaan dimana pelajar lepasan sekolah SPM mahupun STPM yang tidak mahu atau berminat untuk menceburi bidang yang semakin penting ini.

 

Selain itu, ramai yang kurang mengetahui tentang kerjaya ini yang semakin berkembang dengan pendapatan yang menarik. Oleh itu, berikut merupakan 5 sebab utama anda perlu sambung belajar dalam bidang Diploma Kejururawatan.

 

# Skop yang meluas
Sebenarnya jika anda belajar bidang kejururawatan ini. Anda akan tahu yang skop kejururawatan ini meluas . Terdapat banyak cabang yang anda boleh ceburi hanya bermula dengan diploma kejururawatan. Anda juga boleh sambung belajar dalam mana-mana unit yang anda nak atau mahir dalam sesuatu unit itu. Contohnya seperti unit forensik, kecemasan, renal, jantung ,respiratory ,obstetrik dan banyak lagi.

 

#Peluang Pekerjaan Yang Banyak
Peluang dalam bidang penjagaan kesihatan adalah besar memandangkan disebabkan permintaan tinggi terhadap jururawat Malaysia di dalam dan luar negara.Mengikut Norashikin Wahid (2006), bidang kejururawatan ini akan menawarkan banyak pekerjaan seperti di tempat-tempat berikut seperti Klinik-klinik kesihatan, Hospital-hospital kerajaan, Hospital UKM, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Institut Jantung Negara dan Pusat-pusat perubatan swasta.


Selain itu, penubuhan lebih banyak hospital kerajaan, kolej latihan perubatan, pusat-pusat perubatan kerajaan dan swasta telah membuka banyak peluang  kepada jururawat sebagai satu kerjaya dan meningkatkan kelayakan hingga ke peringkat ijazah dan kemahiran klinikal khusus.


Pada masakini, kerjaya sebagai jururawat tidak lagi dianggap sebagai hanya satu kerja tetapi sebagai satu profesion yang penting dan mempunyai permintaan yang tinggi di pasaran kerja. Mereka tidak hanya membantu doktor, sebaliknya sebagai penolong kepada doktor melaksanakan tugas merawat dan menjalankan prosedur klinikal.


Ini mendorong Kementerian Kesihatan, banyak universiti dan institusi menawarkan program kejururawatan di peringkat diploma dan ijazah bagi keperluan terhadap kerjaya ini serta meningkatkan taraf profesion kejururawatan.

 

#Pendapatan Yang Lumayan
Mereka yang berkelulusan Diploma Kejururawatan akan ditawarkan gaji yang lumayan melebihi RM1,000 serta kemudahan lain yang menarik, termasuk elaun dan faedah perubatan.Kerjaya ini menerima gaji permulaan yang lumayan termasuk elaun dan juga insentif. Malah, dengan kerjaya ini anda juga berpeluang untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah sehingga ke doktor falsafah.


Sehubungan itu, kerjaya jururawat ini dipenuhi dengan kemungkinan yang tidak berpenghujung, sama ada limpahan ganjaran peribadi mahupun profesional harus dipenuhi segera supaya tiada lopong dalam tenaga kerja kesihatan.

 

#Kekurangan Sumber Manusia
Kekurangan sumber manusia di bidang kejururawatan ini menyebabkan kerajaan terpaksa mendapatkan bantuan dari negara jiran untuk mendapatkan khidmat tenaga jururawat. Langkah seperti ini yang diambil oleh kerajaan bagi meningkatkan taraf kesihatan rakyat.

Terdapat banyak institusi kejururawatan yang bertanggungjawab melahirkan jururawat baru setiap tahun, namun ia masih belum mampu menampung keperluan di hospital kerajaan khususnya di Unit Rawatan Koronari (CCU) dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sebanyak 92 peratus daripada jumlah kekosongan jururawat di negara ini telah diisi dan ia masih tidak mencukupi kerana kemunculan banyak klinik serta hospital baru selain kemajuan pantas dalam penjagaan kejururawatan.

Ekoran kekurangan jururawat global yang permintaannya semakin meningkat, hospital-hospital dan organisasi-organisasi penjagaan kesihatan tidak putus-putus merekrut jururawat terlatih.

 

# Berpeluang Kerja Di Luar Negara
Pelajar yang lulus cemerlang berpeluang untuk mendapat tawaran bekerja di luar negara termasuklah di Arab Saudi dan juga India. Kepercayaan dan keyakinan pihak luar dengan sistem kejururawatan negara tidak boleh disangkal lagi. Selain itu, permintaan dari negara-negara Asia Barat sedikit sebanyak 'mencuri' modal insan bergelar jururawat milik negara untuk berhijrah ke sana.

Hakikatnya, ramai yang tidak mengetahui bahawa peluang pekerjaan sebagai jururawat lebih terjamin berbanding bidang-bidang yang lain. Itulah realitinya bagi kerjaya yang 'terhangat' diasaran kerja pada masa kini. Permintaannya semakin meningkat bukan sekadar dalam negara malah mendapat tempat di seberang laut.

 

#Jururawat Kerjaya Yang Mulia
Mungkin ada yang akan berkata, sudah menjadi tanggungjawab jururawat untuk merawat pesakit atau mereka dibayar untuk melakukan tugas-tugas tersebut, namun realitinya tidak semua daripada kita sanggup untuk melakukannya.

Siapa yang sanggup bergelumang dengan nanah dan darah setiap hari. Selain itu, terpaksa membersihkan najis serta luka pesakit yang ada diantaranya telah reput dan berbau busuk. Tetapi hanya mereka yang bergelar jururawat rela mengetepikan semua itu.

Bukan sahaja ganjaran gaji yang dikejar tetapi juga khidmat bakti kepada masyarakat terutama mereka yang menderita dengan pelbagai penyakit yang memerlukan pemerhatian dan penjagaan rapi.

Cuba anda bayangkan jika tidak ada seorang pun yang sanggup menjadi jururawat kerana geli dan jijik untuk mendekati pesakit. Sesungguhnya kerjaya sebagai seorang jururawat merupakan kerja yang sangat mulai dan sentiasa diberi ganjaran pahala kerana sentiasa  menolong orang lain dengan seikhlas hati.



Baca Juga : 5 Tips Capai Kejayaan Dalam Bidang Diploma Kejururawatan



Akhir kata
Program pengajian dalam Diploma Kejururawatan merupakan pilihan yang tepat kerana mempunyai banyak keistimewaannya.

Diploma Kejururawatan ini dirangka untuk memenuhi keperluan pada masakini samada dalam sektor kerajaan mahupun swasta.

Selain itu, potensi bagi lepasan Diploma Kejururawatan untuk mendapat pekerjaan adalah sangat tinggi. Oleh itu, rebutlah peluang sebaiknya untuk mengikuti kursus ini di INTEK

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Kejururawatan Disini