5 Sektor Pekerjaan Untuk Lepasan Diploma Penguatkuasa Undang-undang

diploma penguatkuasa undang-undang Perkara yang paling ditakuti oleh lepasan universiti atau kolej ialah menganggur. Sejak berpuluh tahun dahulu, isu menganggur memang menjadi isu yang sangat berat. Walaupun pelbagai peluang pekerjaan dibuka, namun jumlah penganggur universiti masih ramai.


Lambakan penganggur ni bukan disebabkan oleh ketiadaan kekosongan jawatan atau kekurangan peluang pekerjaan tetapi disebabkan oleh sikap yang terlalu memilih pekerjaan. Almaklum, sudah bertahun belajar di universiti terkenal, kemudian hanya mendapat kerja jawatan rendah, ianya suatu yang tidak boleh diterima oleh lepasan universiti ini.


Namun sekarang anda boleh mengubah situasi tersebut dengan mengikuti Diploma Penguatkuasa Undang-undang di INTEK


Diploma penguatkuasa undang-undang ini ialah jurusan yang baru sahaja diperkenalkan di Malaysia dan kurang popular dalam kalangan lepasan SPM dan STPM. Diploma ini Program pengajian ini dirangka bagi memenuhi keperluan industri keselamatan yang sangat diperlukan pada masa kini samada di sektor kerajaan dan juga swasta.


Potensi bagi lepasan pengajian bidang ini mendapat kerja sangat tinggi kerana silibus pengajian yang disediakan mampu memantapkan pemahaman dan peranan graduan dalam pengetahuan dalam bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang.


Berikut ialah 5 sektor pekerjaan untuk lepasan Diploma Penguatkuasa Undang-undang.


#1 Pengurusan

Pekerjaan dalam sektor pengurusan undang-undang melibatkan pekerjaan seperti penasihat dan setiausaha perundangan. Sektor pengurusan sangat penting untuk memastikan perjalanan dan proses kehidupan harian rakyat Malaysia berjalan mengikut undang-undang.

Kerjaya di bawah sektor pengurusan termasuklah Jabatan Agama Islam, Majlis Daerah, KWSP, LHDN dan KPDNKK. Anda sendiri boleh lihat betapa banyaknya kerjaya yang terdapat dalam sektor pengurusan.

 

#2 Keselamatan

Sektor keselamatan perundangan berfungsi sebagai penjaga keselamatan kehidupan rakyat. Kerjaya yang termasuk dalam sektor keselamatan ialah Bomba dan Tentera.

Bagi lepasan SPM dan STPM yang berminat dalam sektor keselamatan, anda boleh terus mendapat kerjaya selepas tamat kursus Diploma Penguatkuasa Undang-undang bersama kami.

 

#3 Penguatkuasa

Salah satu sektor paling penting dalam undang-undang ialah penguatkuasa. Penguatkuasa memainkan peranan penting untuk memastikan semua badan berdaftar dengan kerajaan menjalankan kerja dengan baik.

Antara kerjaya bersama sektor penguatkuasa ialah SPAD, Kastam, dan JPJ.

 

#4 Kepolisan

Seperti sedia maklum, polis bertindak sebagai organisasi yang menjaga ketenteraman dan mengawal jenayah di dalam negara.Pasukan polis disediakan di setiap kawasan seluruh pelosok negara untuk menjamin keselamatan hidup kejiranan.

Kelulusan Diploma Penguatkuasa Undang-undang akan melayakkan anda memegang jawatan sebagai seorang pegawai polis.


#5 Penyiasatan

Sektor penyiasatan berfungsi sebagai badan penyiasat untuk kes yang memerlukan penyiasatan terperinci dilakukan terutamanya kes rasuah dan penyeludupan wang.  Apa sahaja kegiatan yang salah berkaitan kewangan akan disiasat oleh badan dalam sektor ini.

Antara kerjaya dalam sektor penyiasatan ialah Suruhanjaya Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah (SPRM).

 

Baca Juga : 4 Sebab Anda Perlu Sambung Belajar Dalam Diploma Penguatkuasa Undang-undang


Akhir kata

Semua sektor ini memberikan peluang kerjaya yang banyak kepada lepasan universiti. Namun untuk menjadi anggota badan penguatkuasa, anda perlukan sijil yang sesuai agar anda boleh bekerja berpaksikan ilmu.

Satu-satunya jurusan yang melayakkan anda memiliki sijil dalam sektor penguatkuasaan undang-undang ialah Diploma Penguatkuasa Undang-undang di intek.my.

Kursus ini akan memberi pendedahan dan latihan yang secukupnya untuk menjadikan anda pegawai penguatkuasa yang cekap dan berintegriti.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan maklumat mengenai Diploma Penguatkuasa Undang-undang, anda boleh info di INTEK

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Penguatkuasa Undang-Undang Disini

Whatsapp
Call