perniagaan

5 Teknik Belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan

Kejayaan tidak datang dengan mudah. Setiap kejayaan pasti didahului dengan kegagalan. Daripada kegagalan tersebut, kita bangkit dengan penuh bersemangat dengan satu tujuan iaitu untuk berjaya bukan sahaja didunia malah akhirat sama. Untuk memperoleh kejayaan dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan ini, anda perlukan teknik-teknik belajar yang betul. Tanpa teknik yang betul, anda seperti berperang tanpa pedang dan memasuki dewan peperiksaan tanpa membuat persediaan.

Berikut merupakan sedikit panduan untuk anda iaitu 5 teknik belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan.

 

#1 Membuat Nota Ringkas Atau Peta Minda

Nota merupakan elemen yang paling penting yang pelajar perlu ada. Tanpa sebarang nota, pelajar tidak akan mampu untuk menguasai subjek ini. Hal ini kerana nota perlu ada bagi membantu pelajar dalam memberikan pemahaman kepada pelajar. Oleh itu, anda disarankan agar membuat nota ringkas atau peta minda supaya boleh dibawa kemana-mana sahaja anda pergi. Ini kerana nota ringkas tidaklah sebesar buku-buku rujukan untuk bidang Pengurusan Perniagaan ini . Nota ringkas atau peta minda merupakan nota poket dan isi yang ada hanya lah nota-nota yang penting sahaja.

Kejayaan seseorang pelajar banyak bergantung kepada keupayaan atau kebolehan membuat nota dengan kemas dan padat. Susunan nota yang teratur, jelas, menarik serta mudah sangat penting kerana nota yang panjang berjela-jela, berserabut, tidak teratur akan menyebabkan anda juga lemah untuk membacanya. Terdapat banyak faedah yang anda akan dapat apabila membuat nota antaranya nota merupakan ulangkaji dan hafalan yang akan memaksa anda memetik isi-isi atau fakta-fakta penting pelajaran anda. Nota juga amat penting dalam proses ulangkaji kerana tujuan membuat nota adalah untuk mengurangkan dan meringankan tugas kita apabila membuat ulangkaji nanti. Selain itu, nota yang teratur, kemas, menarik dan padat akan menambahkan minat anda untuk belajar atau ulangkaji.

Membuat nota adalah penting kerana ia membantu fahaman dan meringkaskan jumlah pelajaran anda kepada isi-isi penting sahaja. Ianya juga menggunakan sistem yang mudah, kemas dan pendek tetapi jelas dan menarik. Nota terbahagi kepada 2 iaitu nota umum dan nota khusus (isi penting sahaja dari sesuatu pelajaran). Oleh itu baca dan ulangkaji nota-nota anda selalu terutama nota khusus.

 

#2 Banyakkan Latihan

Setiap pembelajaran mempunyai latihan tersendiri kerana tanpa sebarang latihan akan memyebabkan seseorang itu tidak mengguasai subjek tersebut. Oleh itu, perbanyakan latihan,kerana dengan ada latihan yang banyak boleh membantu anda dalam menguasai subjek pengajian perniagaan ini. Selain itu, latihan yang banyak dapat memudah kan anda bila tibanya hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pelajar iaitu Hari Peperiksaan yang boleh menentukan masa depan kita dalam bidang Pengurusan Perniagaan ini.

 

#3 Banyakkan Membaca

Membaca memang amat penting bagi semua subjek terutama sekali subjek yang berkaitan dengan pengurusan perniagaan. Pembelajaran dalam bidang Pengurusan Perniagaan memerlukan fakta yang banyak dalam menjawab penulisannya. Jika anda memperbanyakkan pembacaan anda, ia akan dapat membantu anda dan memudahkan anda untuk menjawab soalan di dalam dewa peperiksaan nanti. Antara tekni yang berkesan ialah membaca sebelum ke kelas. Membaca sebelum menghadiri ke kelas sering diabaikan oleh pelajar walaupun sedar akan kepentingannya. Terdapat banyak kelebihan apabila anda  membaca sebelum ke kelas.

Anda berupaya untuk melihat gambaran pelajaran dengan lebih jelas. Selain itu, anda juga boleh menentukan perkara-perkara yang kurang difahami dan bersedia dengan soalan untuk menyoal pensyarah. Anda juga akan merasa lebih aktif dan bersemangat dalam kelas kerana tahu lebih awal topik yang akan dipelajari. Antara lain, anda akan menjadi seorang yang lebih yakin apabila menjawab soalan pensyarah, mudah membuat catatan daripada penerangan pensyarah, menambah daya ingatan anda (proses ulangan) serta memudahkan anda untuk memahami sesuatu topik. Anda mestilah membaca pelajaran anda sebelum ianya diajar oleh pensyarah.

Anda juga  hendaklah membaca kertas amali sebelum masuk makmal dan membuat rujukan yang perlu. Sewaktu membaca dalam persediaan, garis atau catat isi-isi pentingnya dan sediakan soalan-soalan jika perlu. Anda juga perlu elakkan membaca terlalu jauh dari isi sukatan pelajaran bagi menghindarkan kekeliruan.

 

#4 Kuasai Semua Topik

Antara teknik yang penting adalah dengan menguasai semua topik yang ada dalam bidang  pengurusan perniagaan itu. Dengan menguasai kesemua topic, ia dapat membantu dalam menjadikan seseorang  yang menggambil bidang pengurusan perniagaan ini mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan yang akan datang. Anda juga perlu membuat rujukan serta memperluaskan pembacaan.Meluaskan bacaan dan mendalami kefahaman terhadap sesuatu tajuk itu penting kerana proses ulangan dapat mengukuhkan ingatan anda. Selain itu juga, kecerdasan anda akan diasah dan membuat rujukan juga mendorong anda untuk terus maju dan kehadapan dalam bidang pengurusan perniagaan ini. Anda tidak bole terlalu detail atau mendalam dan berjela-jela untuk mengelakkan kekeliruan dan kebosanan.

 

#5 Jangan Mudah Menyerah

Walau apapun masalah melanda, jangan sesekali anda menyerah kerana jika anda mudah menyerah ia akan mematahkan semangat untuk terus menuntut ilmu, terutama sekali dalam mendalami bidang pengurusan perniagaan. Anda juga perlulah mempunyai semangat yang kuat dan tidak mudah putus asa dan menyerah kalah.

 

Akhir Kata

Kesimpulannya, untuk menjadi pelajar yang unggul, berkualiti, mempunyai kebolehpasaran yang tinggi serta memenuhi kehendak industri, anda perlulah mengamalkan pelbagai tips dan kaedah demi meningkatkan pengetahuan anda serta mendapat keputusan yang cemerlang dan berjaya dalam bidang pengurusan perniagaan.

Jom dapatkan info lanjut mengenai Diploma Perniagaan di INTEK

Tags: ,
Previous Post
perniagaan
Pengambilan Perniagaan

5 Tips Untuk Berjaya Dalam Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan

Next Post
perniagaan
Pengambilan Perniagaan

5 Sebab Anda Perlu Mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan