5 Tips Capai Kejayaan Dalam Bidang Diploma Kejururawatan

Kerjaya dalam bidang kejururawatan adalah antara kerjaya yang mendapat sambutan para pelajar yang telah menamatkan SPM. Namun ramai yang tidak tahu, bahawa kerjaya jururawat boleh bermula sebaik sahaja anda habiskan peperiksaan SPM dan juga STPM.  Untuk berjaya anda perlulah berusaha dengan bersungguh-sungguh demi mencapai kejayaan dalam bidang kejururawatan ini.


Berikut merupakan 5 tips untuk mencapai kejayaan dalam bidang Diploma Kejururawatan.

 

#Perasaan Ingin Tahu
Tanda-tanda kebijaksanaan seseorang itu dapat dilihat daripada sifat ingin tahu yang tinggi dalam pelbagai perkara, khususnya berkaitan dengan silibus pembelajaran dalam bidang Diploma Kejururawatan. Sifat itu jelas terzahir di kalangan individu yang berfikiran kritikal dan gemar melahirkan pelbagai pertanyaan dan persoalan tentang pelbagai perkara. Sifat ingin tahu yang mendalam menunjukkan kematangan berfikir seseorang.

Seseorang yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi sentiasa ketagih dan dahagakan maklumat tambahan dan penerangan lebih lanjut berkaitan sesuatu perkara.

Individu yang mempunyai sifat ingin tahu biasanya kerap mengajukan soalan kepada pensyarahnya supaya mereka lebih jelas dan memahami konsep, kemahiran, formula atau teori sesuatu mata pelajaran.

Dengan bersikap ingin tahu, anda akan terangsang untuk mencari maklumat tambahan daripada pelbagai bahan bacaan, ataupun bahan visual selain daripada rajin bertanya kepada orang yang lebih arif mengenainya.

 

Selain itu, ramai yang kurang mengetahui tentang kerjaya ini yang semakin berkembang dengan pendapatan yang menarik. Oleh itu, berikut merupakan 5 sebab utama anda perlu sambung belajar dalam bidang Diploma Kejururawatan.

 

Pelajar yang mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi mampu menguasai sesuatu perkara dengan cepat dan mudah. Ini kerana sifat ingin tahu mereka mendorong kepada pencarian lebih banyak maklumat.

Pelajar yang mempunyai perasaan ingin tahu sentiasa berada di hadapan berbanding pelajar yang tidak gemar bertanya, ataupun tiada inisiatif mendapatkan maklumat.

Ini disebabkan mereka mempunyai kefahaman yang tinggi pada satu-satu perkara hasil kekuatan sifat ingin tahu mereka. Kefahaman ini penting dalam mencapai kejayaan dalam Bidang Kejururawatan ini bagi mengelakkan berlakunya kesilapan apabila berhadapan dengan pesakit untuk merawat mereka.

 

#Persediaan Mental
Para pelajar sering menganggap peperiksaan adalah sesuatu yang membebankan. Peperiksaan juga sering dikaitkan dengan pelbagai tanggapan negatif pelajar seperti membosankan, susah, takut gagal, tidak boleh buat, tertekan, dan sebagainya.

Oleh itu, persediaan mental sebelum menghadapi peperiksaan amat penting supaya peperiksaan yang dilalui berlangsung dengan lancar dan penuh yakin. Anda hendakalah berfikir secara positif dan berpandangan jauh untuk mencapai kejayaan dalam bidang kejururawatan ini.

Untuk berjaya, seseorang itu perlu berusaha kerana kejayaan tidak akan dicapai dengan mudah tanpa usaha. Hayatilah peribahasa 'Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian' maka pasti kamu akan merasakan peperiksaan yang dilalui bukan sesuatu yang membebankan, tetapi jambatan menuju kebahagiaan.

Justeru, belajarlah mencintai peperiksaan dan ujian bulanan yang diadakan sepanjang anda mengambil jurusan Diploma Kejururawatan ini. Anggaplah peperiksaan tersebut dapat membantu kamu dalam kerjaya jururawat yang sebenar kerana melalui peperiksaan sahajalah kamu dapat mengukur sejauh mana kamu mempelajari sesuatu ilmu.



#Persediaan Fizikal
Persediaan fizikal juga perlu bagi memastikan anda mencapai tahap persediaan emosi dan mental bagi menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran dalam menuntut ilmu. Persediaan fizikal adalah mempunyai tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang tidak sihat akan mengganggu mental dan emosi anda, seterusnya mempengaruhi keputusan peperiksaan diakhir setiap semester.

Di samping memiliki tubuh badan yang sihat, anda juga hendaklah menjaga pemakanan serta mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup amat penting supaya anda dapat menjadi seorang yang lebih focus dalam pembelajaran. Kurangnya tidur boleh mengganggu kesihatan fizikal, seterusnya mengganggu proses pembelajaran anda.

 

#Persediaan Emosi
Persediaan emosi amat penting demi mencapai kejayaan dalam bidang Diploma Kejururawatan ini. Seorang jururawat yang berjaya selalunya mempunyai kesabaran yang tinggi serta pandai mengawal emosi apabila berhadapan dengan sebarang situasi yang mencemaskan.

Seperti yang sedia maklum,jururawat seringkali berhadapan dengan situasi getir, terutama di bahagian wad kemalangan yang mana pelbagai jenis kecederaan dihadapi oleh mangsa, tangisan, raungan dan sebagainya. Oleh itu, persediaan emosi sangat penting untuk anda berjaya dalam bidang ini.



#Pengurusan Masa
Pengurusan masa yang sempurna adalah penting dalam kehidupan seseorang yang ingin berjaya dalam bidang Diploma Kejururawatan. Anda perlu pandai bijak membahagikan masa demi keperluan akademik dan kehidupan sosial. Apabila tidak ada pengurusan masa yang cekap dan sempurna, anda akan menemui kegagalan dalam kedua-dua aspek tersebut.

Pengurusan masa yang sempurna bukan berdasarkan jumlah masa yang digunakan, tetapi cara masa itu diuruskan. Seseorang yang mengambil masa selama dua jam untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan sedangkan pekerjaan itu boleh disiapkan dalam masa satu jam, menunjukkan bahawa dia tidak melakukan pengurusan masa yang betul.

Sebaliknya, seseorang yang dapat menyiapkan pekerjaan yang sama dalam masa satu jam atau kurang, menunjukkan bahawa dia mempunyai pengurusan masa yang baik.
Pengurusan masa penting untuk mencapai matlamat anda serta menjadikan anda seorang jururawat yang lebih professional dan berdisiplin tinggi.



Baca Juga : Siapa Yang Sesuai Untuk Ikuti Diploma Kejururawatan?



Akhir kata
Ingin berjaya dalam bidang Diploma Kejururawatan ini tidak semudah seperti yang difikirkan kerana usaha yang berterusan merupakan kunci sesebuah kejayaan. 

Semoga tips-tips ini dapat memberi manfaat buat anda semua yang ingin menceburi bidang kejururawatan ini.

Jika berminat untuk meneruskan pelajaran dan menceburi bidang Kejururawatan, anda boleh dapatkan info mengenai Diploma Kejururawatan di INTEK

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Kejururawatan Disini