perniagaan

5 Tips Untuk Berjaya Dalam Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan

Setiap manusia dikurniakan otak yang cerdik dan bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik atau strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa menambat minat, memudahkan kerja, dan boleh menguasai pelajaran.

Oleh itu, ikuti 6 tips berikut untuk berjaya dalam bidang Diploma Pengurusan Perniagaan ini.

#1 Menilai Kemajuan

Menguji kemajuan merupakah langkah yang boleh diambil untuk menentukan tahap keupayaan kita. Penilaian ini boleh memperlihatkan akan maju atau mundurnya akademik kita. Ujian atau Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan kita. Dari keputusan peperiksaan dapat kita tentukan tahap kita terhadap penguasaan setiap subjek. Bukan setakat penguasaan pelajaran, jawapan yang diberi juga perlukan penilaian. Penilaian ini perlulah dilakuan secara berterusan dari masa ke semasa hingga hari peperiksaan. Penilaian secara lisan ini biasanya dijalankan secara tidak formal dan jarang diamalkan oleh pelajar. Ia boleh dilakukan di mana sahaja. Kelemahan anda boleh diatasi dengan cara selalu bertanya kepada pensyarah atau rakan tentang masalah anda dalam pelajaran, dapatkan penjelasan yang betul bagi jawapan yang salah dan kerapkali mengulangkaji dan membaca nota-nota anda. Selain itu, anda juga perlu mahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan kepada contoh jawapan.

 

 

#2 Menimbulkan Minat

Pembelajaran anda dalam bidang pengurusan perniagaan akan terasa seronok, mudah dan ringkas sekiranya anda mempunyai minat terhadapnya. Minat menentukan kejayaan anda dalam bidang ini. Kepentingan menimbulkan minat ialah anda akan menjadi seorang yang rajin memperlajari sesuatu pelajaran dan lebih mudah untuk menangkap isi-isi penting sesuatu pelajaran. Untuk menimbulkan minat seseorang pelajar perlulah mengenal dahulu apa yang hendak dipelajari terutama sebelum diajar oleh pensyarah. Anda perlu membaca mengenai topik tersebut lebih awal. Tajuk yang sudah anda ketahui akan menyenangkan anda belajar kerana anda lebih faham daripada rakan anda. Anda mempunyai pengetahuan terhadap sesuatu tajuk sudah tentu akan menimbulkan minat dalam diri anda contohnya perusahaan perikanan. Anda perlu menambah minat anda terhadap pelajaran anda. Cara yang paling mudah ialah dengan membiasakan diri dengannya sebelum ia diajar oleh pensyarah anda. Membiasakan diri mengenai sesuatu perkara itu boleh dilakukan melalui membaca ringkas mengenainya, melihat, mendengar dan bertanya mengenainya secara penggunaan hari-hari.

 

 

#3  Mengulangkaji

Tujuan mengulangkaji ialah untuk mengingati semula isi pelajaran. Kekerapan mengulangkaji pelajaran mencerahkan peluang anda untuk berjaya dalam peperiksaansetrusnya berjaya dalam bidang perniagaan. Kepentingan mengulangkaji ialah menguatkan hafalan dan ingatan anda, menjadikan isi pelajaran lebih jelas,dapat memberi perhatian kepada bahagian-bahagian yang kurang difahami dan dapat menambahkan fahaman anda secara keseluruhannya. Anda masih boleh menyelidik mana-mana bahagian yang masih kurang difahami dan cuba fahami bahagian tersebut. Mengulangkaji nota-nota anda mesti dilakukan selalu. Rangkumilah semua mata pelajaran anda dalam sesuatu masa yang tertentu. Pisahkan antara nota umum dengan nota khusus. Nota khusus perlulah diulangi dalam masa sehari atau dua kerana ianya ringkas dan merupakan kunci kepada topik pelajaran anda. Tekankan fahaman anda terhadap isi-isi pokok pelajaran anda.

#4 Perbincangan

Perbincangan boleh menyelesaikan atau mengurangkan kekeliruan atau keraguan anda dalam pelajaran. Perbincangan juga boleh membetulkan kesalahan kita terhadap sesuatu topik yang kita anggap sudah tepat. Perbincangan juga dapat menghilangkan rasa malu dan memupuk sifat aktif anda. Perbincangan akan mendorong anda bekerja kuat dan menambah minat terhadap pelajaran anda. Persediaan awal dan bacaan telah menjadikan satu ulangkaji yang berulang.

 

#5 Banyak Bertanya

Sebenarnya, banyak bertanya adalah perlu untuk berjaya dalam bidang pengurusan perniagaan ini. Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dan sebagainya. Anda tidak boleh membiarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada pensyarah untuk mendapatkan penjelasan yang lebih lanjut lagi. Jikalau subjek bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk. Jika hal ini terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan tidak akan diulangi semula oleh pensyarah. Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri. Sebelum pembelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau pensyarah bagi mengelakkan kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran

 

#6 Rajin Membaca

Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau maklumat tentang pengurusan perniagaan. Dengan membaca, bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji. Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman yang jelas.Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami dengan baik. Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan.

Akhir Kata

Kesimpulannya, semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya. Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai. Tanggapan seperti ini sememangnya salah kerana tanpa usaha sesiapapun tidak akan dapat kecapi kejayaan yang cemerlang. Semoga dengan mengamalkan tips-tips ini akan memudahkan anda untuk berjaya dalam bidang Pengurusan Perniagaan.

 

Tags: , ,
Previous Post
perniagaan
Pengambilan Perniagaan

6 Keperluan Untuk Mengikuti Bidang Diploma Pengurusan Perniagaan

Next Post
perniagaan
Pengambilan Perniagaan

5 Teknik Belajar untuk Diploma Pengurusan Perniagaan