Apa Yang Bakal Dipelajari Dalam Diploma Farmasi? | Part 1

Mungkin anda pernah tertanya tanya, Program Diploma Farmasi ni belajar apa yang susah sangat ya? Belajar pasal ubat saja atau banyak lagi perkara lain? Secara asasnya, program ini banyak merangkumi subjek Kimia dgn Biologi terutamanya, dan ada sedikit Fizik.

 

Menerangkan lebih terperinci, Bidang farmasi ini terbahagi kepada tiga cabang lain iaitu Farmaseutik, Kimia Farmaseutikal dan Praktis Farmasi .Bagi lepasan SPM/STPM dan setaraf, anda perlu pertimbangkan kemampuan anda dahulu sebelum minta untuk belajar dalam kursus ini, lebih-lebih lagi bagi anda yang tidak minat kimia.

Artikel ini akan menyenaraikan fasa semester-semester dalam diploma ini serta subjek yang susah. Sila ambil pen dan kertas untuk membuat nota agar anda akan lebih memberi tumpuan dalam subjek-subjek ini.

 

#1 Semester 1

Subjek ‘killer’ seperti Farmaseutik adalah subjek teras dan tidak boleh dibelakangkan kerana inilah yang membezakan pelajar Farmasi dengan pelajar-pelajar jabatan lain dan juga Fakulti Perubatan. Inilah antara identiti pelajar-pelajar Diploma Farmasi. Anda akan tempuhi subjek Farmaseutik pada ketiga-tiga tahun pengajian anda. Apa yang susahnya adalah anda akan belajar perkara baru dan agak memaksa anda aktifkan kuasa  ‘memori-berasaskan-komputer’ untuk ingat dan hafal banyak benda.

 

Nama dan jenis ubat, fungsi ubat dan jangka masanya, dos-dos untuk dewasa dan kanak-kanak. Walau bagaimanapun, pemahaman dan mengingat perlu selari. Kalau anda setakat menghafal buta tapi tidak tahu bagaimana, bila dan kenapa ubat itu digunakan, anda akan ada masalah jika tidak di kertas peperiksaan, maka masalah anda di tempat kerja . Jadi kesabaran tu sangat penting dan anda perlu merancang jadual kerja dengan baik.

 

#2 Semester 2

Segelintir pelajar mungkin merasa lemah semangat sewaktu semester-semester awal, tetapi percayalah bahawa pada semester 1, anda sepatutnya skor pointer 3.5 dan keatas kerana lebih mudah dan sedikit sebanyak dapat tampung kekurangan pada semester-semester yang lain.

 

Lain pula pada Semester 2 kerana dikatakan waktu ini adalah masa gelap pelajar-pelajar Diploma Farmasi kerana subjek-subjek yang agak mencabar seperti mikrobiologi, farmaseutik, dan kalkulus. Sebagai contoh, untuk farmakologi, berbeza dengan farmaseutik, anda akan tempuh dari semester 1 sehingga semester 3. Pelbagai perkara yang anda akan pelajari sehingga mungkin ubat-ubatan pun boleh masuk dalam mimpi anda.

 

#3 Semester 3 &  4

Semester 3  dalam Diploma Farmasi merupakan semester yang agak banyak melibatkan gerak kerja di dalam makmal kerana semester ini anda akan lebih fokus ke arah membentuk diri menjadi seorang pembantu farmasi. Semester ini sememangnya makin mencabar.


Tetapi, seperti semester-semester sebelum ini, anda sepatutnya perlu mula dari awal kerana anda akan jumpa lebih kurang 50++ nama ubat, jenama ubat, mekanisma pergerakan (MOA), kesan sampingan ubatan (ADR) dan sebagainya.


Anda akan jumpa dan semestinya perlu hafal. Paling mencabar dalam semester ini ialah subjek farmakologi, farmaseutik dan farmakoterapi. Kemungkinan pada semester ini anda akan ada banyak masa kosong pada waktu petang, jadi manfaatkan sebaiknya.

 

Baca Juga : Apa Yang Bakal Dipelajari Dalam Diploma Farmasi? | Part 2

 

Penutup:

Dibandingkan dengan jurusan profesional lain seperti seni bina dan kejuruteraan, ada yang menganggap bidang ini melalui Diploma Farmasi lebih ringan. Jurusan ini tidak memerlukan anda untuk membuat kajian di luar kawasan, namun masa banyak dihabiskan di dalam makmal untuk membuat pelbagai eksperimen mengenai ubat-ubatan. Para pelajar juga dikehendaki untuk menjalani latihan praktikal selama satu semester.

 

Praktis ini untuk memastikan para pelajar benar-benar memahami apa yang dipelajari sepanjang kuliah di samping mendedahkan kepada para pelajar tentang dunia ubat-ubatan yang sebenar dan pengamalan dalam medan sebenar. Apa yang penting, persediaan awal perlu dibuat agar bila tiba musim peperiksaan, cahaya suram keinsafan tidaklah mula terpancar dari wajah-wajah anda.

 

Jika berminat untuk menceburi bidang Farmasi, anda boleh dapatkan info di INTEK

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Diploma Farmasi Disini