Apa Yang Bakal Dipelajari Dalam Diploma Farmasi? | Part 2

Mudah dan susah itu sebenarnya dipengaruhi oleh banyak faktor seperti, kemahiran seseorang, minat, kelebihan yang dimiliki, kecerdasan minda, kaedah yang tepat, pelaksanaan jadual yang berkesan, sama ada perkara itu abstrak atau konkrit, masa yang mencukupi, kewangan yang memuaskan dan sebagainya.


Jadi, melalui bahagian 2 ini anda akan didedahkan dari semester 5 dan 6 iaitu detik-detik mencabar sebagai seorang yang akan memegang kelulusan Diploma Farmasi tetapi anda sendiri yang akan menentukannya sama ada mudah atau susah. Anda sendiri yang akan menentukan jalan anda.

 

#4 Semester 5

Dalam semester ke 5 ini, anda akan menempuhi Amalan Farmasi yang memerlukan 4 jam kredit. Untuk minggu-minggu awal anda mungkin rasa ‘overload’ dengan maklumat dan perkara yang perlu dilakukan seperti external preparation, prepacking, masuk ubat, buat ubat, memakai ‘personal protective equipment’ dan sebagainya. Anda akan berkenalan dengan banyak jabatan, dari OPD [Outpatient Department], IPD [WardSupply], TDM [Therapeutic Drug Monitoring], TPN [Total Parentaral Nutrition] hinggalah CDR


[Cytotoxic Drug Reconstitution]. Hati anda perlu kuat bila berhadapan dengan preseptor yang mungkin agak tegas dan garang. Tetapi, jangan risau, sudah tentu ada yang peramah, jadi rajin-rajinkan bertanya kepada mereka, minta nasihat dari mereka dan sebagainya. Jika anda praktikal di hospital kerajaan, anda perlu lebih bertabah kerana sudah tentu bilangan pesakit agak ramai. Anda perlu praktiskan apa yang anda belajar dalam Diploma Farmasi sebelum ini dan menterjemahkan melalui tindakan yang efektif.

 

#5 Semester 6

Pada semester akhir ini anda akan sibuk dengan berbagai-bagai perkara seperti final year project, analisis data dan diskusi berkumpulan. Anda juga perlu menyiapkan kesemua kerja serta masih dalam sesi atau fasa praktikal. Fasa semester 6 ini anda begitu sibuk dan semestinya letih. Tapi keadaan ini tidak begitu lama memandangkan anda bakal menamatkatkan program Diploma Farmasi anda, anda sudah boleh bayangkan betapa bahagianya ibu bapa anda jika keputusan keseluruhan anda membanggakan mereka. Jadi, semester ini ditentukan oleh anda sendiri sama ada akan meninggalkan kenangan manis atau pahit di sini.

 

#6 Petua Ulangkaji

Timbul pula persoalan, kalau anda mengulangkaji hanya menggunakan ‘lecture notes’ adakah ia mencukupi atau anda perlu membaca dan membelek buku-buku yang tebal itu untuk semester-semester anda dalam program Diploma Farmasi?

Sebenarnya ia bergantung kepada subjek. Jika penerangan agak kurang, atau anda kurang faham dengan subjek itu, anda sememangnya memerlukan buku rujukan kerana anda anda memerlukan penjelasan yang lebih memahamkan.

Tetapi, tak semestinya anda perlu membeli buku-buku lain kerana kebanyakan perpustakaan sudah tentu menyediakan kemudahan tersebut. Anda dapat menikmati kemudahan tersebut dengan meminjam buku itu atau mengulangkaji di sana mengikut ruang masa yang anda miliki.

Jika anda sememangnya berharta melimpah, berenang dalam emas, bersayap wang kertas, maka terserah kepada anda untuk menggunakan wang itu untuk membuat koleksi buku atau lebih menarik, perpustakaan anda sendiri.

 

Baca Juga : 3 Sektor Pekerjaan Lepasan Diploma Farmasi


Kesimpulan

Dalam hidup ini, jangan sekali-kali anda takut untuk pilih bidang yang mahukan dan mempunyai minat yang mendalam. Pedulikan apa orang lain mahu cakap kerana anda berbeza dengan orang lain, kemahiran dan minat yang berbeza. Perbanyakkan bertanya dan jangan pernah berasa sombong ataupun mempunyai perasaan malu kerana peluang yang ada di hadapan anda tidak sama, terkadang ia datang hanya sekali seumur hidup.


Dalam pembelajaran anda tidak boleh malu-malu, tambahan pula jika preseptor anda merupakan seorang yang sangat tinggi ilmunya. Pengalaman pula adalah guru yang terbaik. Anda perlu belajar dari pengalaman orang yang sudah menempuhi Diploma Farmasi dan dapat mengelakkan diri daripada jatuh ke lubang yang mereka telah jatuh. Anda akan lebih cepat belajar dan sudah tentu menjadi seorang yang lebih bermanfaat.


Akhir sekali, gunakan peluang yang ada untuk menimba lebih banyak pengalaman dan ilmu dan jangan rasa letih untuk mengajar mereka yang lain kerana anda akan dapat manfaat yang lebih berbanding anda hanya biarkan ilmu ada didada anda sahaja.


Jangan lupa, dapatkan info mengenai Diploma Farmasi di INTEK

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Diploma Farmasi Disini

Whatsapp
Call