Diploma Awal Kanak Kanak

Bahasa Penghantar:

  • Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Syarat Kelayakan:

  • SPM
  • Tiga (3) kredit
  • Mana-mana mata pelajaran
  • Lulus Sejarah
  • Vokasional 3.67 PNGK

Tempoh Pengajian:

  • 2 Tahun 6 Bulan
  • 7 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Prospek Kerjaya:

  • Guru Tadika
  • Guru Prasekolah
  • Pengusaha tadika dan taska

Diploma Pendidikan Awal Kanak kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah.

Program diploma pendidikan awal kanak kanak ini di reka dengan teliti untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak.

Penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.

Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran.

Mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Syarat Dan Kelayakan:

  • SPM
  • Vokasional
  • Tiga (3) kredit
  • Mana-mana mata pelajaran
  • Lulus Sejarah

Mengenai Program:

Objektif program ini adalah untuk menghasilkan para tenaga pengajar yang berkualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak dan dapat menyepadukan segala prinsip-prinsip pengurusan kurikulum, pendidikan dan pentafsiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Para pelajar akan dilatih dalam melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta mampu mengaplikasi peranan sebagai pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam masyarakat pelbagai budaya serta selaras dengan perubahan sosial dan teknologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Memahami konsep falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan menggunakan prinsip-prinsip pendidikan adalah sangat penting untuk membantu perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi kanak-kanak

Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutamanya pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA.

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak. Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewajibkan para guru-guru tadika untuk mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020

Peluang Pekerjaan:

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. KPM sedang meningkatkan kemasukan pelajar ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015.

Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda.

  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Bantuan Kewangan:

  • PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Ijazah Awal Kanak Kanak

Bahasa Penghantar:

  • Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Syarat Kelayakan:

  • STPM 2.0 Pointer
  • Matrikulasi 2.0 Pointer
  • Diploma 2.0 Pointer
  • Stam Jayyid
  • DVM 3.67 PNGK

Tempoh Pengajian:

  • 3 Tahun
  • 9 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Prospek Kerjaya:

  • Pensyarah
  • Guru Tadika
  • Guru Prasekolah
  • Pengusaha Taska Dan tadika

Ijazah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, menerapkan ilmu asas dalam pendidikan awal kanak-kanak seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun.

Program Ijazah pendididkan awal kanak-kanak ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif.

Membina sikap yang profesional, etika yang mapan dan boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.

Akhir sekali, program ini juga dapat memotivasikan bakal graduan untuk terus meningkatkan kualiti ilmu pendidikan khususnya pendidikan seawal usia menerusi konsep pembelajaran sepanjang hayat.

Syarat Dan Kelayakan:

  • STPM 2.0 Pointer
  • Matrikulasi 2.0 Pointer
  • Diploma 2.0 Pointer
  • Stam Jayyid
  • Vokasional 3.67 PNGK

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) / Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau 2 Prinsipal atau memiliki Matrikulasi / Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67)

Mengenai Program:

Objektif program yang ditawarkan adalah untuk mendedahkan para pelajar dalam mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman terhadap kanak-kanak yang berbeza dari segi budaya, kebolehan dalam melaksanakan pengajaran, interaksi yang positif dan berkesan seawal usia kelahiran sehingga berumur 6 tahun.

Program ini mempersiapkan bakal graduan dengan kemahiran untuk mewujudkan persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang kondusif, membina sikap yang profesional, etika yang mampan

serta boleh dicontohi selari dengan kehendak Falfasah Pendidikan Kebangsaan dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) pendidikan.

Program ini menggunakan prinsip–prinsip perkembangan, kurikulum, pengajaran dan pentaksiran dalam setiap proses pendidikan awal kanak-kanak dalam merekabentuk, melaksana dan menilai kurikulum berasaskan garis panduan kurikulum pendidikan prasekolah.

Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutama pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA.

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak.

Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malayasia (KPM) yang mewajibkan para guru-guru tadika untuk mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020.

Peluang Pekerjaan:

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sedang meningkatkan kemasukan ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015. Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020.

Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda

  • Pensyarah
  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Bantuan Kewangan:

  • PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Ijazah Pendidikan

Bahasa Penghantar:

  • Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Syarat Kelayakan:

  • STPM 2.0 Pointer
  • Matrikulasi 2.0 Pointer
  • Diploma 2.0 Pointer
  • Stam Jayyid
  • DVM 3.67 PNGK

Tempoh Pengajian:

  • 3 Tahun
  • 9 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Prospek Kerjaya:

  • Pensyarah
  • Guru Sekolah Rendah
  • Guru Sekolah Menengah

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, adalah kelayakan professional untuk graduan yang ingin bekerja dalam arena pendidikan.

Kursus ijazah sarjana muda pendidikan ini juga mampu memenuhi keperluan industri-industri lain yang memerlukan disiplin pendidikan dalam perjalanan pekerjaan harian.

Kursus ini dapat menyediakan graduan yang berkelayakan dan professional dalam pelbagai bidang seperti linguistik, perdagangan, kaunseling, matematik dan sebagainya.

Syarat Dan Kelayakan:

Lepasan STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau memiliki Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia STAM atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67).

Mengenai Program:

Major Guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Ekonomi Sarjana Muda dengan Pendidikan bertujuan untuk menyediakan para guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Ekonomi

ahli pendidik yang bersifat professional, berdedikasi dan berinovasi serta mempunyai perspektif yang luas dan menyeluruh terhadap penyelidikan, pengetahuan yang mendalam.

Mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mengajar yang berkenaan dalam keadaan yang berlainan dan sikap yang positif terhadap sekolah, pendidikan dan masyarakat.

Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma dan orang dewasa yang berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan.

Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bantuan Kewangan:

  • PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan:

  • Pensyarah
  • Guru Sekolah Rendah
  • Guru Sekolah Menengah
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Gaji:

  • Permulaan: RM 2,300 hingga RM 3, 500 
    Profesional: RM 3,500 hingga RM 8,000

Kesihatan

Penguatkuasa

Kulinari

Perniagaan

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.