Diploma Awal Kanak Kanak

Bahasa Penghantar:

  • Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Syarat Kelayakan:

  • SPM
  • Tiga (3) kredit
  • Mana-mana mata pelajaran
  • Lulus Sejarah
  • Vokasional 3.67 PNGK

Tempoh Pengajian:

  • 2 Tahun 6 Bulan
  • 7 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Prospek Kerjaya:

  • Guru Tadika
  • Guru Prasekolah
  • Pengusaha tadika dan taska

Diploma Pendidikan Awal Kanak kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah.

Program diploma pendidikan awal kanak kanak ini di reka dengan teliti untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak.

Penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.

Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran.

Mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Syarat Dan Kelayakan:

  • SPM
  • Vokasional
  • Tiga (3) kredit
  • Mana-mana mata pelajaran
  • Lulus Sejarah

Mengenai Program:

Objektif program ini adalah untuk menghasilkan para tenaga pengajar yang berkualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak dan dapat menyepadukan segala prinsip-prinsip pengurusan kurikulum, pendidikan dan pentafsiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Para pelajar akan dilatih dalam melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta mampu mengaplikasi peranan sebagai pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam masyarakat pelbagai budaya serta selaras dengan perubahan sosial dan teknologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Memahami konsep falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan menggunakan prinsip-prinsip pendidikan adalah sangat penting untuk membantu perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi kanak-kanak

Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutamanya pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA.

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak. Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewajibkan para guru-guru tadika untuk mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020

Peluang Pekerjaan:

Terdapat banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. KPM sedang meningkatkan kemasukan pelajar ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015.

Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda.

  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Bantuan Kewangan:

  • PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional

  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Diploma Seni Kulinari

Diploma Seni Bakeri & Pastri

Diploma  Farmasi

Diploma  Kejururawatan

Diploma  Kejururawatan

Sijil/Diploma  Perniagaan

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.