Diploma Kejururawatan

Bahasa Penghantar:

  • Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris

Syarat Kelayakan:

  • SPM Lima (5) Kredit
  • Bahasa Inggeris - Lulus
  • Bahasa Melayu - Kredit
  • Matematik - Kredit
  • Sains Umum - Kredit
  • Dua (2) subjek lain - Kredit

Tempoh Pengajian:

  • 3 Tahun
  • 9 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Prospek Kerjaya:

  • Jururawat Hospital
  • Jururawat Klinik
  • Jururawat Masyarakat
  • Jururawat Penyelidik
  • Pakar Jururawat Klinikal

Diploma Kejururawatan, Program ini memprsiapkan pelajar untuk menjadi jururawat yang bertauliah di malaysia dan luar negara.

Para graduan yang tamat program ini secara rasminya akan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Diploma kejururawatan adalah program sepenuh masa selama 3 tahun. Ia mempersiapkan pelajar untuk peperiksaan lembaga jururawat untuk mempunyai kelayakan sebagai Jururawat Berdaftar. Tumpuan program latihan ini, ialah menjaga orang yang sakit.

Sepanjang program ini, pelajar akan mendalami rasional penjagaan yang diberikan kepada pesakit, supaya pelajar dapat bertindak balas lebih baik dalam situasi baru.

Sebaik sahaja program tiga tahun ini selesai, pelajar akan mempunyai pengetahuan yang mantap dalam penjagaan pesakit, mempunyai kemahiran yang tepat dan sikap yang bermoral untuk dapat melaksanakan tugas-tugas kejururawatan secara profesional.

Objektif Program:

Program ini berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktis kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat.

1. Menyediakan graduan dengan pengetahuan asas dan kemahiran kejururawatan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan jururawat berdaftar.

2. Menghasilkan jururawat profesional dan berpengetahuan yang berupaya menjalankan praktis kejururawatan dengan selamat di persekitaran klinikal serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat.

Syarat Kelayakan:

  • SPM Lima (5) Kredit
  • Bahasa Inggeris - Lulus
  • Bahasa Melayu - Kredit
  • Matematik - Kredit
  • Sains Umum - Kredit
  • Dua (2) subjek lain - Kredit

Tempoh Pengajian:

  • 3 Tahun
  • 9 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Prospek Kerjaya:

Perbezaan antara jumlah jururawat yang berkelayakan dan jumlah jururawat yang diperlukan semakin bertambah. Ini bermakna permintaan untuk jururawat yang berkelayakan semakin meningkat.

Terdapat permintaan yang besar untuk jururawat yang berkelayakan di hospital-hospital awam dan swasta, klinik pakar, agensi-agensi yang berkaitan dengan kesihatan, kilang-kilang besar dan banyak lagi tempat lain.

  • Jururawat Hospital
  • Jururawat Klinik
  • Jururawat Masyarakat
  • Jururawat Penyelidik
  • Pakar Jururawat Klinikal

Bantuan Kewangan:

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional - PTPTN

Diploma Penguatkuasa

Diploma Awal Kanak Kanak

Diploma Seni Kulinari

Diploma Seni Bakeri & Pastri

Diploma Farmasi

Sijil/Diploma Perniagaan

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.