Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak

Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak

Diploma Pendidikan Awal Kanak kanak ini dibangunkan untuk melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran yang meluas untuk memupuk dan membimbing kanak-kanak pra-sekolah.

Program diploma pendidikan awal kanak kanak ini di reka dengan teliti untuk membolehkan mereka memperolehi pengetahuan yang perlu dalam pengajaran dan pembelajaran teori, kemahiran pedagogi, kandungan kurikulum, pembangunan kanak-kanak, psikologi kanak-kanak.

Penilaian pembelajaran kanak-kanak, pengurusan pusat prasekolah, keselamatan dan aspek pemakanan kanak-kanak, dan juga pembangunan kerohanian dan moral kanak-kanak.

Ia juga mengambil kira pelbagai aspek dalam pembangunan kanak-kanak istimewa dan kanak-kanak dengan keperluan istimewa.

Latihan Praktikal adalah satu komponen wajib di mana pelajar diberikan peluang untuk memperoleh kemahiran praktikal dalam pengajaran prasekolah dan persekitaran pembelajaran.

Mengembangkan sikap moral dan intelektual dan mempunyai pemahaman yang lebih baik berhubung isu-isu kontemporari dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak

Syarat Dan Kelayakan:

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Setaraf dengan mendapat sekurang-kurangnya Tiga (3) kepujian 6C/Gred C mana-mana mata pelajaran dan wajib lulus mata pelajaran Sejarah.

Mengenai Program:

Objektif program ini adalah untuk menghasilkan para tenaga pengajar yang berkualiti dalam pendidikan awal kanak-kanak dan dapat menyepadukan segala prinsip-prinsip pengurusan kurikulum, pendidikan dan pentafsiran dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.

Para pelajar akan dilatih dalam melahirkan graduan yang berijazah dan bestari serta mampu mengaplikasi peranan sebagai pendidik awal kanak-kanak yang professional dalam masyarakat pelbagai budaya serta selaras dengan perubahan sosial dan teknologi yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.

Memahami konsep falsafah pendidikan awal kanak-kanak dan menggunakan prinsip-prinsip pendidikan adalah sangat penting untuk membantu perkembangan intelek, jasmani, rohani dan emosi kanak-kanak

Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan orang dewasa yang bekerja, dalam bidang pendidikan terutamanya pendidik dan pengusaha di TASKA dan TADIKA.

Program ini sesuai bagi pelajar yang ingin mempelajari tentang bidang sosiologi dan psikologi pendidikan awal kanak-kanak. Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.

Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) yang mewajibkan para guru-guru tadika untuk mempunyai kelulusan sekurang-kurangnya Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak (DPAKK) berkuatkuasa pada tahun 2020

Bantuan Kewangan:

PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan:

Terdapt banyak peluang pekerjaan dalam industri pendidikan awal kanak-kanak. KPM sedang meningkatkan kemasukan pelajar ke pra-sekolah daripada 67% pada 2009 ke 87% pada tahun 2015.

Jumlah ini akan meningkat kepada 95% pada 2016 dan 97% menjelang 2020. Dengan bertambahnya pelajar pra-sekolah, kebanyakan pra-sekolah bakal memerlukan guru dengan kelulusan Diploma dan Sarjana Muda.

  • Guru tadika
  • Guru Pra sekolah
  • Pengusaha tadika dan taska
  • Jurulatih pusat jagaan kanak-kanak
  • Usahawan dalam bidang pembangunan dan perkembangan kanak-kanak
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan pra-sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Diploma pendidikan awal kanak kanak boleh dipohon bagi lepasan SPM dan kelayakan mestilah tiga (3) kredit mana-mana mata pelajaran. 

Permohonan ke diploma pendidikan awal kanak kanak boleh dilakukan diatas talian dengan mengisi borang permohonan yang disediakan:

PERMOHONAN KLIK DISINI
Tags: , , , , , , , , ,
Previous Post
Diploma Penguatkuasa Undang-Undang
Penguatkuasa

Diploma Penguatkuasa Undang-Undang