Ijazah Pendidikan

Ijazah Pendidikan
Ijazah Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, adalah kelayakan professional untuk graduan yang ingin bekerja dalam arena pendidikan.

Kursus ijazah sarjana muda pendidikan ini juga mampu memenuhi keperluan industri-industri lain yang memerlukan disiplin pendidikan dalam perjalanan pekerjaan harian.

Kursus ini dapat menyediakan graduan yang berkelayakan dan professional dalam pelbagai bidang seperti linguistik, perdagangan, kaunseling, matematik dan sebagainya.

Ijazah Pendidikan

Syarat Dan Kelayakan:

Lepasan STPM Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau memiliki Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia STAM atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67).

Mengenai Program:

Major Guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Ekonomi Sarjana Muda dengan Pendidikan bertujuan untuk menyediakan para guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Ekonomi

ahli pendidik yang bersifat professional, berdedikasi dan berinovasi serta mempunyai perspektif yang luas dan menyeluruh terhadap penyelidikan, pengetahuan yang mendalam.

Mengenai proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mengajar yang berkenaan dalam keadaan yang berlainan dan sikap yang positif terhadap sekolah, pendidikan dan masyarakat.

Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma dan orang dewasa yang berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan.

Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).

Bantuan Kewangan:

  • PTPTN – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • KWSP – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja

Peluang Pekerjaan:

  • Pensyarah
  • Guru Sekolah Rendah
  • Guru Sekolah Menengah
  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan
  • Konsultan pengurusan sekolah
  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa
  • Penolong Pengarah Pendidikan
  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Untuk pendaftaran pengambilan terkini ke program ijazah pendididikan sila buat pendaftaran dengan menekan butang Daftar Sekarang