Ijazah Sarjana Muda Pendidikan

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan, adalah kelayakan professional untuk graduan yang ingin bekerja dalam arena pendidikan. 

Kursus ijazah sarjana muda pendidikan ini juga mampu memenuhi keperluan industri-industri lain yang memerlukan disiplin pendidikan dalam perjalanan pekerjaan harian.Kursus ini dapat menyediakan graduan yang berkelayakan dan professional dalam pelbagai bidang seperti linguistik, perdagangan, kaunseling, matematik dan sebagainya.


Ijazah Sarjana Muda Pendidikan


Syarat Dan Kelayakan:

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM)/ Matrikulasi dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau memiliki Diploma dari intitusi yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.

Mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 atau Gred Jayyid dalam Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Islam Malaysia (STAM) atau memiliki Diploma Vokasional (Kepujian BM KOD 1104, PNGK Akademik 3.33 & PNGK Vokasional 3.67)


Mengenai Program:

Major Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Ekonomi Sarjana Muda dengan Pendidikan bertujuan untuk menyediakan para guru-guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik atau Ekonomiahli pendidik yang bersifat professional, berdedikasi dan berinovasi serta mempunyai perspektif yang luas dan menyeluruh terhadap penyelidikan, pengetahuan yang mendalamMengenai proses pengajaran dan pembelajaran, kemahiran mengajar yang berkenaan dalam keadaan yang berlainan dan sikap yang positif terhadap sekolah, pendidikan dan masyarakat.


Tawaran Program:

Program ini ditawarkan kepada lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma dan orang dewasa yang berminat untuk bekerja dalam bidang pendidikan.Pelatih akan diberikan latihan asas yang baik secara teori dan praktikal bagi menyediakan pelatih menjadi tenaga pengajar yang berkualiti.Program ini ditawarkan bagi memenuhi keperluan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).


Bantuan Kewangan:

PTPTN - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
KWSP - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja


Peluang Pekerjaan:


  • Pensyarah

  • Guru Sekolah Rendah

  • Guru Sekolah Menengah

  • Penyelidikan dan pembangunan produk pendidikan

  • Konsultan pengurusan sekolah

  • Bekerja di Sekolah Antarabangsa

  • Penolong Pengarah Pendidikan

  • Pegawai Sumber Manusia (Jabatan Perkhidmatan Awam)

Baca Juga: Pengambilan Ke Diploma Pendidikan Awal Kanak Kanak

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan boleh dipohon oleh lepasan STPM dan Matrikulasi  syarat kelayakan sekurang-kurang dua (2) Pointer atau principal.

Permohonan ke ijazah sarjana muda pendidikan boleh dilakukan diatas talian dengan mengisi borang permohonan yang disediakan. Klik butang Daftar Sekarang dibawah.

This is the bottom slider area. You can edit this text and also insert any element here. This is a good place if you want to put an opt-in form or a scarcity countdown.