Diploma Kejururawatan

Diploma Kejururawatan

Diploma Kejururawatan, Program ini memprsiapkan pelajar untuk menjadi jururawat yang bertauliah di malaysia dan luar negara, untuk program di dalam kolej jururawat.

Belajar dalam kolej kejururawatan para graduan yang tamat program ini secara rasminya akan berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

Permohonan ke kolej kejururawatan  bagi diploma kejururawatan adalah program sepenuh masa selama 3 tahun. Ia mempersiapkan pelajar untuk peperiksaan lembaga jururawat untuk mempunyai kelayakan sebagai Jururawat Berdaftar. Tumpuan program latihan ini, ialah menjaga orang yang sakit.

Sepanjang program kursus kejururawatan, para pelajar akan mendalami rasional penjagaan dalam latihan jururawat yang diberikan kepada pesakit, supaya pelajar dapat bertindak balas lebih baik dalam situasi baru.

Sebaik sahaja program tiga tahun ini selesai, pelajar akan mempunyai pengetahuan yang mantap dalam penjagaan pesakit, mempunyai kemahiran yang tepat dan sikap yang bermoral untuk dapat melaksanakan tugas-tugas kejururawatan secara profesional.

Kursus Diploma Kejururawatan

Objektif Program:

Program diploma jururawat berfokuskan kepada pendidikan akademik dan latihan klinikal bagi melatih jururawat profesional yang mahir dalam praktikal kejururawatan klinikal moden yang selamat serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat.

1. Menyediakan graduan dengan pengetahuan asas dan kemahiran kejururawatan yang menyeluruh bagi memenuhi keperluan jururawat berdaftar.

2. Menghasilkan jururawat profesional dan berpengetahuan yang berupaya menjalankan praktis kejururawatan dengan selamat di persekitaran klinikal serta berupaya menyumbang kepada kesihatan masyarakat.

Tempoh Pengajian:

  • 3 Tahun
  • Atau 9 Semester
  • 1 Semester Praktikal

Syarat Kelayakan Jururawat:

  • Lulus SPM
  • Bahasa Inggeris – Lulus
  • Minimum Lima (5) Kredit
  • Bahasa  Melayu – Kredit
  • Matematik – Kredit
  • Sains Umum – Kredit atau salah Satu (1) subjek Sains Tulen (Biologi/Fizik (dan Lulus Biologi)/Kimia (dan Lulus Biologi)
  • Dua (2) subjek lain – Kredit

Prospek Kerjaya Jururawat:

Perbezaan antara jumlah jururawat yang berkelayakan dan jumlah jururawat yang diperlukan semakin bertambah. Ini bermakna permintaan untuk jururawat yang berkelayakan semakin meningkat.

Terdapat permintaan yang besar untuk jururawat yang berkelayakan di hospital-hospital awam dan swasta, klinik pakar, agensi-agensi yang berkaitan dengan kesihatan, kilang-kilang besar dan banyak lagi tempat lain.

  • Jururawat Hospital
  • Jururawat Klinik
  • Jururawat Masyarakat
  • Jururawat Penyelidik
  • Pakar Jururawat Klinikal

Tajaan atau bantuan kewangan boleh diperolehi daripada:

  • Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional – PTPTN

Permohonan ke diploma kejururawatan boleh dilakukan diatas talian dengan mengisi borang permohonan yang disediakan:

PERMOHONAN KLIK DISINI
Tags: , , , , , , , , , , , ,
Previous Post
Diploma Farmasi
Sains Kesihatan

Diploma Farmasi

Next Post
Diploma Penguatkuasa Undang-Undang
Penguatkuasa

Diploma Penguatkuasa Undang-Undang