Meminati Kerjaya Beruniform? Diploma Penguatkuasa Undang-Undang Ini Untuk Anda

Tahukah anda, sekarang telah ditawarkan satu diploma untuk anda yang meminati  erjaya beruniform seperti suasana anda disekolah iaitu dalam unit beruniform sekolah tetapi lebih mencabar kerana dengan diploma ini, anda sebenarnya sedang bersedia untuk kerja dalam bidang ini. Pernah dengar tak ‘Do what you love and love what you do’?

 

Perkataan ini sebenarnya sedang terpakai untuk anda yang bakal sambung minat a da dalam kerjaya beruniform melalui diploma ini iaitu Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang. Kenapa saya begitu yakin mengatakan pepatah diatas sedang terpakai kepada anda?

 

Jawapannya ada dibawah, jadi teruskan membaca ya!

 

1# Peratus Dapat Kerja Tinggi

Mantan Menteri Pengajian Tinggi , Datuk Seri Idris Jusoh memaklumkan 54, 03 dari ada 238,187 siswazah universiti menganggur dalam tempoh enam bulan selepas menamatkan pengajian masing-masing pada tahun 2016.

Cuba bayangkan apa perasaan jika anda penat-penat berusaha untuk menggenggam segulung sijil malangnya, sijil tersebut tak bermakna kerana anda tak dapat bekerja menggunakan sijil tersebut. Lebih sedih lagi jika anda perlu membayar PTPTN tetapi suasana tidak mengizinkan.

Jadi dengan menggunakan Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang sewaktu memohon kerja, besar kemungkinan untuk anda memperoleh kerja kerana anda sememangnya belajar dan sudah bersedia ke arah pekerjaan iaitu kerjaya beruniform melalui diploma ini.

Hal ini kerana anda akan ditawarkan pengetahuan dan latihan untuk menjadi kompeten dalam bidang :


  • penguatkuasaan undang-undang
  • undang-undang jenayah
  • keadilan jenayah
  • undang-undang pentadbiran
  • pengurusan risiko keselamatan
  • operasi keselamatan
  • siasatan jenayah.


Di samping itu, anda juga kemungkinan disediakan latihan sebuah institusi penguatkuasaan undang-undang untuk memastikan anda sebagai pelajar diajar dengan baik dan terlatih dalam bidang penguatkuasaan undang-undang.


(Tertakluk kepada penyedia program) Lebih menguntungkan, melalui diploma ini, kemungkinan untuk anda menjawat jawatan yang lebih tinggi adalah besar, anda boleh membaca kupasan khusus mengenai perkara ini dengan klik di sini.


Berdasarkan pemerhatian saya, SYARAT MINIMUM untuk lepasan SPM menyambung pelajaran keprogram Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang adalah sangat mudah. Antaranya adalah:


Di Kolej Saito:
Lulus SPM 3 Kredit mana-mana mata pelajaran(Wajib lulus BM & SEJ)


Di Kolej Vision:
Lulus SPM / SPMV dengan 3 kredit, atau
Lulus UEC dengan minimum 3B dalam 3 subjek, atau
Lulus O-Level dengan minimum gred C dalam 3 subjek, atau
Kelayakan setara lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia.


Di Kolej President:
SPM Minimum 3 Kredit (C)
O-Level Minimum 3 Kredit (C)


Atau sebarang kelayakan setara lain yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Syarat diatas adalah agak longgar dan tidaklah terlalu susah untuk anda layak mendapatkan peluangmenggenggam segulung sijil yang amat berguna untuk anda.

 

Baca Juga :  Peluang Kerjaya Dengan Pangkat Lebih Tinggi Melalui Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang

 

3# Bekerja Dalam Bidang Yang Diminati

Ini adalah antara perkara terpenting kerana antara faktor yang menentukan kualiti kerja kita sebenarnya adalah minat. Anda sendiri pernah alami dan rasai perkara ini sewaktu masih di bangku sekolah.

Sebagai contoh,sekiranya anda meminati kadet polis,tetapi anda terpaksa menyertai kadet bomba, tentu sekali anda akan rasa kurang bersemangat setiap kali latihan dan ini sudah tentu akanmengurangkan kualiti kerja anda.

Lebih-lebih lagi jika di alam pekerjaan dengan menggenggam Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang, sekiranya anda bekerja dalam bidang yang diminati, anda akan lalui hari-hari anda dengan penuh perhatian dan jiwa raga, kualiti kerja meningkat, dan sudah tentu tekanan kerja tidak setinggi pekerja yang bekerja tanpa minat.

Kualiti hidup akan bertambah dan sudah tentu kestabilan kewangan anda akan bertambah.

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Penguatkuasa Undang-Undang Disini

 

Penutup

Saya harap anda jelas dengan matlamat hidup anda. Jika anda sememangnya berminat dengan kerjaya beruniform, jangan berlengah lagi untuk daftar di INTEK.

Peluang sudah terbuka luas buat anda. Anda yang menentukan corak kehidupan, standard dan ‘class’ anda tersendiri.

Anda yang menaikkan level anda sendiri dan bukan orang lain. Jadi jangan ragu-ragu untuk daftar Diploma Penguatkuasa Undang-undang di INTEK

Whatsapp
Call