Peluang Kerjaya Dengan Pangkat Lebih Tinggi Melalui Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang

Adakah anda berminat untuk berkerja dalam bidang yang berkaitan dengan bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang seperti PDRM, JPJ, Kastam, Imigresen,SPAD, SPRM dan Agensi Penguatkuasaan di Malaysia dan ingin mengambil jalan pintas untuk ditawarkan pangkat yang lebih tinggi sewaktu hari pertama bekerja?


Jika jawapan anda ‘YA’,teruskan membaca artikel ini ya.


Cara untuk anda capai cita-cita tersebut adalah dengan mendaftar dalam Program Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang.Hal ini kerana dalam program tersebut, anda akan didedahkan dengan latar yang anda perlukan untuk memegang jawatan kepimpinan dalam sektor keselamatan, penguatkuasaan, kepolisan dan penyiasatan di semua peringkat kerajaan.

 

Apakah kelebihan anda menjawat jawatan yang lebih tinggi?


1# Jimatkan Masa

Dengan menjawat jawatan yang lebih tinggi,masa yang anda gunakan dapat dijimatkan dengan sangat efisyen. Sebagai contoh,mari kita lihat kenaikan pangkat secara ringkas dalam PDRM dengan merujuk kepada Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia dimulakan dengan jawatan Konstabel Gred YA1 :


– Konstabel Gred YA1 adalah layak dipertimbangkan untuk kemajuan ke pangkat Lans Koperal Gred YA2 secara time-based apabila telah:

– (b) Berkhidmat sekurang-kurangnya 3 tahun di pangkat Konstabel

– Lans Koperal Gred YA2 adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat ke pangkat Koperal Gred YA4 secara time-based apabila telah:

– (a) berkhidmat sekurang-kurangnya 5 tahun di pangkat Lans Koperal

Koperal Gred YA4 adalah layak dipertimbangkan bagi kenaikan pangkat ke pangkat Sarjan Gred YA6 yang kosong apabila telah:-


  • (i) mencapai tahap prestasi yang ditetapkan;
  • (ii) memenuhi kompetensi dan potensi yang ditetapkan; dan
  • (iii) diperakukan layak dan sesuai tentang kebolehan dan kelayakan untuk memegang jawatan lebih tinggi oleh Pegawai Memerintahnya.


Sekarang, cuba anda bandingkan dengan seorang pemegang Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang yang mendapat KELAYAKAN LANTIKAN KE JAWATAN SARJAN secara terus tanpa perlu menunggu untuk berkhidmat selama hampir atau lebih 10 tahun. Nampak kan bezanya, sangat ketara.

 

2# Lebih Gaji

Baik,sekarang kita bandingkan gaji pula,untuk memudahkan anda,kita masih menggunakan bidang kepolisan (PDRM) dengan merujuk kepada Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia sebagai contoh agar anda dapat nampak dengan lebih jelas dan dapat buat perbandingan selepas ini.


Pemegang jawatan Konstabel akan bermula dengan gaji permulaan pada Gred YA1: T1 seperti di jadual bawah:


  • GAJI MINIMUM
    RM 1,014.00
  • GAJI MAKSIMUM
    RM 3,517.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM 100.00


Manakala pemegang jawatan Sarjan yang memiliki diploma bermula dengan gaji permulaan pada Gred YA6: T2 seperti jadual di bawah:


  • GAJI MINIMUM
    RM 1,711.00
  • GAJI MAKSIMUM
    RM 5,199.00
  • KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN
    RM150.00


Pasti anda sedang tersenyum lebar sekarang melihat ketaranya perbezaan gaji yang ditawarkan kepada seorang pegawai polis berpangkat Konstabel berbanding berpangkat Sarjan kan.


Perbezaan gaji ini disebabkan seorang pegawai menyertai bidang kepolisan dengan menggunakan; Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan berbanding menggunakan Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan


seperti Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya atau menggunakan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

 

3# 1+2=3

Sekarang secara ringkas dan lebih menarik,point 3 terhasil daripada campuran point 1 dan point 2 iaitu : Jimatkan Masa Lebihkan Gaji.


Baik,sekarang mari kita buat perkiraan lanjut:


Keadaan pertama, anda dengan penuh semangat pada umur 18 tahun,dengan menggunakan Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan,anda memohon jawatan Konstabel dan kita andaikan anda layak untuk dapatkan jawatan Konstabel dengan gaji permulaan RM 1,014.00 dan kadar kenaikan gaji tahunan sebanyak RM 100.


Kemudian anda yang mencintai pekerjaan ini meneruskan perkhidmatan dalam PDRM sehingga akhirnya anda mendapat tawaran pangkat Sarjan Gred YA6 pada umur anda 28 tahun iaitu selepas 10 tahun perkhidmatan.


Keadaan kedua,pada umur 21 tahun dengan menggunakan Diploma yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan, kita andaikan anda layak untuk mendapatkan jawatan Sarjan dengan gaji permulaan RM 1,711.00 dan kadar kenaikan tahunan sebanyak

RM 150. Kemudian anda juga sangat sayang untuk berkhidmat untuk negara melalui PDRM,anda akhirnya ditawarkan pangkat Sub-Inspektor Gred YA10 juga pada umur anda 28 tahun iaitu selepas 10 tahun perkhidmatan.


Cuba anda lihat perbezaan gaji dan jawatan selepas 10 tahun perkhidmatan ,sememangnya terdapat perbezaan besar antara pemegang Sijil Pelajaran Malaysia dan pemegang Diploma dalam Skim Perkhidmatan Dalam Perkhidmatan Polis Diraja Malaysia.


Anda juga akan mencapai kestabilan ekonomi lebih cepat dan mempunyai taraf hidup yang lebih tinggi. Ini hanya sekadar gambaran kasar ya,belum termasuk syarat kelayakan, mencapai tahap prestasi, memenuhi kompetensi dan potensi, lulus Peperiksaan dan sebagainya.


Baca Juga : 5 Sektor Pekerjaan Untuk Lepasan Diploma Penguatkuasa Undang-undang

 

Akhir Kata

Sebenarnya banyak manfaat yang anda akan peroleh melalui program Diploma Penguatkuasaan Undang-Undang ini,terutama sekali kerana keunikan dan kesesuaian program ini dengan kerjaya yang berkaitan dengan bidang keselamatan dan penguatkuasaan undang-undang termasuklah dari SEKTOR AWAM iaitu:


  • Pegawai Siasatan (SPRM)
  • Penguasa Bomba
  • Penguasa Imigresen
  • Penguasa Kastam
  • Penguasa Penjara
  • Pegawai Penguatkuasa (Any Ministry)
  • Pegawai Pertahanan Awam
  • Leftenan Muda Maritim
  • Pegawai Antidadah
  • Pegawai Kesatria
  • Pegawai Keselamatan


Dan dari GOVERNMENT LINKED COMPANIES (GLC) iaitu:


  • Anggota Polis
  • Angkatan Tentera Malaysia
  • Bomba
  • Kastam
  • Imigresen
  • Pegawai Pertahanan Awam
  • Sprm P9 (Pegawai Siasatan)
  • Pentadbiran Di Bahagian Unit Beruniform

 

Jom Semak : Senarai Kursus Berkaitan Penguatkuasa Undang-Undang Disini

 

Justeru, jangan lengah lagi, terus mulakan langkah pertama anda demi mencapai cita-cita anda sekarang menjadi salah seorang pelajar jurusan Diploma Penguatkuasa Undang-undang. Dapatkan info terkini di INTEK