Diploma Pengurusan Pelancongan

Pengenalan Diploma Pengurusan Pelancongan

Industri perhotelan dan pelancongan dianggap sebagai satu kelompok produk yang istimewa dan unik di mana ianya menawarkan kedua-dua produk sama ada tangible atau intangible iaitu aspek-aspek produk dan servis yang diperlukan oleh pelanggannya. Industri perhotelan di Malaysia dilihat mempunyai potensi yang besar untuk berkembang dengan lebih pesat pada masa akan datang.

Pada masa yang sama, industri ini juga berpotensi menjadi salah satu medium untuk mempromosikan Malaysia sebagai hab halal dunia melalui perkhidmatan makanan halal yang disediakan di hotel. Mari lihat bagaimana pelajar Diploma Pengurusan Pelancongan menempuhi kehidupan sebagai seorang penuntut ilmu.

 

1# Semester 1 Sehingga Semester 3

Sepanjang pembelajaran anda dalam pelancongan melalui Diploma Pengurusan Pelancongan , selama 3 tahun, sewaktu semester satu sehingga semester tiga, anda akan belajar pelbagai perkara umum dan asas. Sebagai contoh, anda akan belajar business math, accounting, marketing, management, economy. Tetapi, semua ini hanyalah subjek ulangan sewaktu anda berada di sekolah menengah melainkan anda akan belajar kesemuanya dalam Bahasa Inggeris. Sepanjang tiga semester ini juga, anda akan hanya kenali dan pelajari 3 atau 4 subjek sahaja yang berkaitan dengan pelancongan dan hospitaliti kerana subjek-subjek ini merupakan subjek yang ni asas.

 

2# Semester 4

Langkah seterusnya dalam semester keempat, anda akan dapati anda sedang menerima banyak pendedahan dan ilmu baru serta banyak subjek akan berkaitan dengan Industri Pelancongan. Contohnya seperti, ticketing, tour guiding, business etiqutte, transportation, law dan sebagainya. Jangan risau, dalam subjek undang-undang, anda cuma akan belajar perkara yang asas. Kemudian dari segi tugasan kerja, sememangnya anda memerlukan kos masa dan kos wang ringgit untuk menyelesaikannya dengan melawat kawasan ke dan membuat trip ke tempat-tempat tertentu tetapi ia sememangnya berbaloi dan menyeronokkan dalam Diploma Pengurusan Pelancongan ini. Mungkin anda dapat klaim daripada pihak berautoriti dalam pembelajaran anda untuk mendapatkan kembali sebahagian dari kos yang anda laburkan.

Bagi subjek yang tidak perlukan kerja di lapangan, seperti kursus lain, anda perlu menyelesaikan laporan dan perbentangan. Antara perkara superb yang anda bakal pelajari adalah dalam ticketing, anda akan menggunakan sistem unik yang berlainan daripada cara pembelian tiket biasa oleh orang awam iaitu menggunakan sistem ABACUS. Melalui sistem ini, ana dapat tahu berbagai jenis servis yang disediakan oleh syarikat-syarikat tertentu, nama-nama lapangan terbang, cara tempahan tiket dilakukan dan sebagainya. Lagi untung jika anda berpeluang ketahui waktu-waktu harga tiket jatuh bak cempedak diluar pagar, ambil galah tolong jolokkan.

 

3# Praktikal

Semasa fasa semester seterusnya, latihan industri dalam Diploma Pengurusan Pelancongan akan anda tempuhi bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada pelajar-pelajar menghadapi pengalaman sebenar bekerja di sektor industri, firma-flrma swasta atau jabatan kerajaan yang berkaitan dengan bidang pengurusan pelancongan. Selain daripada itu, ia membolehkan pelajar-pelajar yang terlibat menggunakan serta mempraktikkan segala pengetahuan teori serta amali yang dipelajari semasa mereka belajar.

Di samping itu melalui program latihan industri ini juga anda dapat menambah minat dan keyakinan terhadap bidang pengkhususan yang anda bakal ceburi di masa depan dan sudah semestinya akan memudahkan anda membuat keputusan sama ada menyambung pelajaran atau anda terus bekerja menggunakan kelulusan ini. Tetapi, aspek-aspek berikut akan mempengaruhi keberkesanan latihan industri anda iaitu kesesuaian bidang pengkhususan pelajar dengan skop latihan, pendedahan serta gambaran yang diberikan kepada pelajar semasa latihan dan bentuk kerjasama yang diberikan kepada pelajar semasa sesi Latihan Industri dijalankan.

 

Penutup

Kesimpulannya terpulang kepada anda untuk teruskan sambung untuk belajar dalam bidang tourism ataupun terus kerja. Jika anda bercadang untuk sambung belajar, pilihan ini juga baik kerana lebih banyak ilmu yang anda boleh dapatkan dalam industri ni. Sebabnya adalah ilmu yang anda perolehi masa diploma boleh dikatakan cuma 30 persen. Untuk minor, mungkin anda boleh cuba angin ambil hotel management atau bidang yang berkaitan.

Pilihan terletak di tangan anda, yang penting, teruskan melangkah dengan Diploma Pengurusan Pelancongan jika anda mempunyai minat dalam bidang ini.

Tags:
Previous Post
perniagaan
Pengambilan Perniagaan

5 Sebab Anda Perlu Mengikuti Diploma Pengurusan Perniagaan

Next Post
Diploma Pengurusan Pelancongan
Pengambilan Pengurusan Pelancongan

Siapa Yang Sesuai Untuk Belajar Diploma Pengurusan Pelancongan?