Diploma Pengurusan Pelancongan

Siapa Yang Sesuai Untuk Belajar Diploma Pengurusan Pelancongan?

Selepas menamatkan pengajian, para pelajar mempunyai dua pilihan utama. Sama ada terus bekerja dengan Diploma Pengurusan Pelancongan atau berpeluang menyambung pengajian ke peringkat ijazah di universiti-universiti tempatan dan juga luar negara. Kedua-duanya ada kelebihan tersendiri begitu juga kekurangan. Ia juga bergantung kepada keperluan anda dan aturan keluarga.

Sebelum itu, mari lihat ciri-ciri pelajar yang bagaimanakah yang sesuai untuk menceburkan diri dalam bidang pelancongan ini dan kemudian anda dapat bandingkan sama ada diri anda sesuai atau tidak dengan bidang yang luas ini.

 

#1 Pelajar Yang Ingin Bekerja Sambil Makan Angin

Melalui Diploma Pengurusan Pelancongan , pelajar yang berminat untuk menyertai atau bekerja di syarikat penerbangan, perjalanan syarikat, pengusaha pelancongan, syarikat rekreasi, syarikat pengurusan acara dan kapal persiaran dapat menunaikan impian mereka. Sememangnya banyak angin yang anda makan dengan bekerja di syarikat-syarikat diatas jika skop kerja anda melibatkan pergerakan ke dalam dan ke luar negara. Kelebihan bekerja begini adalah sudah tentu anda dapat mengurangkan tekanan kerja dengan menikmati atmosfera negara luar, perubahan iklim dan cuaca, melihat pelbagai warna kulit dan berbagai pegangan agama. Minda mereka yang banyak berjalan adalah lebih terbuka berbanding minda mereka yang hanya terperap di satu-satu tempat tanpa berjalan ke tempat yang lain. Kekurangannya adalah dari segi risiko dan masa bersama keluarga mungkin terhad.

 

#2 Minat berinteraksi dengan orang ramai

Bekerja menggunakan Diploma Pengurusan Pelancongan sebenarnya amat kritikal dalam penggunaan aktiviti interaksi dengan orang ramai terutama sekali dengan orang yang anda tidak kenali termasuk juga warga asing. Cuba bayangkan anda sedang menguruskan pelanggan anda yang kehilangan beg duit di St. Petersburg ketika menonton Perarakan Navy Russia yang dijadualkan pada bulan Ogos 2018. Sedang kekalutan tersebut dengan gempak gempita bunyi yang sudah tentu mengganggu proses mendapatkan beg duit dan dokumen penting itu, anak pelanggan lain pula yang hilang. Sudah tentu menekan jiwa dan raga anda dan memerlukan interaksi semaksima mungkin dengan pihak berautoriti dan semua orang. Sabar, jangan terlalu risau dengan contoh di atas, dalam mana-mana bidang juga ada risikonya. Tenang.

 

3# Minat melancong dan kreatif dalam merancang aktiviti rekreasi

Dalam Diploma Pengurusan Pelancongan , anda akan belajar subjek Geografi Pelancongan Mata pelajaran ini dirangka khas untuk memberikan para pelajar pengetahuan dasar tentang ciri-ciri fizikal setiap negara. Penekanan diberikan pada aspek geografi dunia iaitu di negara Amerika Utara, Amerika Selatan, Amerika Tengah, Afrika, Asia, Australia dan Pasifik Selatan serta kajian berkaitan dengan iklim, penduduk, pengangkutan, pelancongan dan tempat- tempat menarik.

Justeru dengan pekerjaan yang berkaitan, anda dapat lebih kreatif dalam merancang dan menganjurkan aktiviti rekreasi yang lebih berkesan serta bermanfaat. Pekerjaan ini juga adalah bidang perniagaan yang berunsurkan perkhidmatan. Jadi pekerja dalam bidang ini tidak dapat lari dari terpalit untuk memberi perkhidmatan kepada pelanggan. Contohnya anda dapat merancang perjalanan pada waktu perayaan khas Matariki, “Tahun Baru Maori”, di akhir Mei atau awal bulan Jun,Festival Viking yang disambut di Island dan Festival lumpur yang diadakan setiap bulan Julai di Boryeong, Korea Selatan.

 

 

 

Kesimpulan

Kesimpulannya, program ini iaitu program Diploma Pengurusan Pelancongan  menawarkan banyak peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan samada kerajaan atau swasta antaranya Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, agensi pelancongan, pengurusan hotel dan resort, perancangan acara, pengurusan pameran dan persidangan dan rekreasi. Anda cuma perlu memilih sama ada terus melanjutkan pelajaran dalam bidang ini atau terus bekerja bergantung kepada kemampuan dan keperluan anda.

Dapatkan info lanjut mengenai Diploma Pengurusan Pelancongan di INTEK

Tags: ,
Previous Post
Diploma Pengurusan Pelancongan
Pengambilan

Pengenalan Diploma Pengurusan Pelancongan

Next Post
Diploma Pengurusan Pelancongan
Pengambilan Pengurusan Pelancongan

Peluang Kerjaya Dalam Industri Pengurusan Pelancongan