
Siapa Yang Sesuai Untuk Ikuti Diploma Kejururawatan
Diploma Kejururawatan merupakan program untuk melatih individu untuk menjadi seorang jururawat profesional yang berdaftar di bawah Lembaga Jururawat Malaysia.
Setiap pelatih akan diajar segala selok belok perawatan moden dalam bentuk teori dan juga praktikal . Selain daripada itu, pelatih akan dipupuk dengan latihan disiplin yang tinggi dan jati diri cekal serta mendalami kemahiran ilmiah, kerohanian yang tinggi dan menajamkan pemikiran kritikal dan bernas.
Objektif program ini adalah untuk menghasilkan graduan kejururawatan profesional yang mahir dan berkualiti, memberikan rawatan yang selamat, mampu meningkatkan taraf kesihatan fizikal dan mental masyarakat, membantu di dalam pencegahan, penyembuhan serta pemulihan daripada penyakit.
Oleh itu siapakah yang layak dan sesuai untuk mengikuti program Diploma Kejururawatan ini? Berikut merupakan antara perkara penting yang perlu ada dalam seseorang individu yang ingin menceburi bidang Diploma Kejururawatan.
#Minat
Meminati profession sebagai seorang jururawat merupakan antara aspek yang penting untuk anda ceburi bidang ini. Bidang ini kebiasaannya di monopoli oleh golongan wanita sejak dahulu lagi.Namun pada masakini, ianya telah menarik minat golongan lelaki untuk turut sama berkecimpung di arena perawatan yang sememangnya memerlukan pengorbanan dan keperihatinan yang cukup tinggi.
#Pengetahuan
Seseorang yang ingin menceburi bidang kejururawatan wajib mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan matematik. Selain itu, anda juga perlu sentiasa meningkatkan diri dengan kemahiran jagaan perawatan dan pengetahuan dalam bidang perubatan terkini seiring dengan kemajuaan dan perkembangan teknologi perubatan semasa.
#Pengetahuan
Seseorang yang ingin menceburi bidang kejururawatan wajib mempunyai pengetahuan dalam bidang sains dan matematik. Selain itu, anda juga perlu sentiasa meningkatkan diri dengan kemahiran jagaan perawatan dan pengetahuan dalam bidang perubatan terkini seiring dengan kemajuaan dan perkembangan teknologi perubatan semasa.
#Sikap
Perwatakan yang diperlukan dalam kerjaya sebagai jururawat ialah bersikap ramah, penyayang, cergas, sopan, penyabar, jujur, prihatin, mampu berkomunikasi dengan baik serta mempunyai sikap yang positif. Ini merupakan ciri-ciri yang sangat penting untuk menjadi seorang jururawat yang professional.
# Komunikasi
Sehubungan dengan itu, anda hendaklah berkeupayaan untuk berkomunikasi dengan baik dan dapat menerangkan perkara-perkara dengan jelas secara teknikal dan tidak teknikal.
Ini adalah salah satu perkara yang akan menjadikan anda seorang jururawat yang baik. Untuk menjadi seorang jururawat yang mampu berkomunikasi dengan baik, anda sememangnya memerlukan latihan dan kemahiran.
Ini penting kerana jururawat bukan sahaja perlu berkomunikasi dengan pesakit, tetapi juga dengan doktor, rakan sekerja, persekitaran dan juga dengan waris atau ahli keluarga pesakit. Jururawat yang pandai berkomunikasi mampu melaksanakan arahan dengan baik.
Komunikasi yang berkesan sangat mempengaruhi pesakit, malah mampu memberi ketenangan kepada pesakit. Masa untuk memberikan ubat kepada pesakit, memeriksa tekanan darah, memantau kadar oksigen dan pelbagai situasi lagi yang memerlukan komunikasi yang baik