intek

Tentang Kami

Intek adalah sebuah perbadanan yang berdaftar dibawah suruhanjaya syarikat malaysia sebagai konsultan pendidikan yang menjalankan aktiviti pengambilan pelajar ke IPTA dan IPTS.

Mendapat pengiktirafan daripada beberapa pusat pengajian tinggi awam dan swasta untuk menjalankan program-program pengambilan pelajar dalam industri pendidikan, perubatan dan penguatkuasaan.

Melalui program yang ditawarkan, para pelajar berpeluang meningkatkan tahap kelayakan akademik di setiap bidang dan peringkat, secara tidak langsung membantu para graduan meneroka peluang kerjaya dalam bidang yang diceburi.

Oleh yang demikian intek sangat komited dan bertanggungjawab untuk memastikan kefahaman setiap pelajar dan ibubapa mengenal pasti bidang-bidang yang sesuai untuk diceburi untuk persedian dunia kerjaya dimasa hadapan para graduan. Masa depan anda adalah misi kami.